UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan modul digital Art-Ration tingkatan 1 dalam pembelajaran unsur seni

AVAILABLE Thesis 407 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Pembangunan modul digital Art-Ration tingkatan 1 dalam pembelajaran unsur seni
Type
Thesis
Main Author
Sarvini Ramasamy
Additional Authors
  • Ida Puteri Mahsan (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul interaktif bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah menengah. Fokus kajian ini ialah pengajaran dan pembelajaran Standard Kandungan Eksplorasi Seni bagi tajuk unsur seni tingkatan satu. Eksplorasi seni merupakan aplikasi pengetahuan serta pemahaman terhadap Bahasa Seni Visual (BSV) melalui penggunaan pelbagai media dan proses. Murid meneroka unsur seni daripada alam semula jadi dengan menggunakan pelbagai teknik. Unsur seni merangkumi Garisan, Rupa, Bentuk, Jalinan, Ruang, dan Warna. Kajian ini telah membangunkan modul interaktif yang dinamakan Modul Art-Ration tingkatan satu. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kes eksplanatori dalam penyelidikan kualitatif yang melibatkan empat orang guru PSV dari Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku, Lahad Datu, Sabah. Seramai tiga orang pakar terlibat bagi mengesahkan instrumen kajian melalui temu bual dan pemerhatian. Analisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru digunakan untuk menilai kebolehgunaan modul di dalam bilik darjah. Model ADDIE digunakan bagi menganalisis keperluan dan menilai kebolehgunaan modul dalam kalangan guru PSV. Analisis tematik dijalankan untuk membentuk kriteria dan tema dalam meneliti keperluan serta kebolehgunaan modul. Seterusnya, triangulasi kaedah digunakan bagi memastikan kesahihan data melalui gabungan pelbagai sumber, kaedah, dan perspektif, sekali gus meningkatkan kebolehpercayaan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa Modul Art-Ration dapat membantu guru mempelbagaikan pengajaran eksplorasi seni. Selain itu, modul interaktif ini juga memberikan pengalaman baharu kepada guru dan murid dalam mempelajari unsur seni. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada penghasilan modul pengajaran digital yang boleh dijadikan rujukan untuk memperkukuh pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.