UPSI Digital Repository (UDRep)

Metakognisi dalam proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin dalam kalangan pelajar tingkatan empat : satu kajian kes

AVAILABLE Thesis 117 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Metakognisi dalam proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin dalam kalangan pelajar tingkatan empat : satu kajian kes
Type
Thesis
Main Author
Zarimah Zainal
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2011
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian kes kualitatif ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi penyelesaian masalah dan proses metakognitif yang dipamerkan oleh pelajar tingkatan empat semasa menyelesaikan masalah matematik bukan rutin mengikut tahap pencapaian matematik pelajar. Tiga orang responden dipilih secara persampelan bertujuan, iaitu seorang pelajar pencapaian cemerlang, sederhana dan rendah. Data dikumpulkan menggunakan instrumen berikut; ujian penyelesaian masalah dengan menggunakan kaedah think-aloud, temu bual pra ujian, temu bual berasaskan tugasan dan pemerhatian. Transkrip verbatim sesi think-aloud dianalisis dan dikodkan mengikut tujuh perlakuan metakognitif dan kemudian diklasifikasikan kepada empat fasa penyelesaian masalah iaitu orientasi, organisasi, pelaksanaan dan pengesahan dengan menggunakan Kerangka Kerja Metakognisi Untuk Analisis Protokol Penyelesaian Masalah Matematik yang diadaptasikan daripada Sarver (2006). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar pencapaian cemerlang berkebolehan mengenal pasti strategi yang sesuai dan berupaya mengaplikasikan strategi yang dipilih berbanding dengan pelajar pencapaian sederhana dan rendah. Seterusnya, pelajar pencapaian cemerlang sahaja yang kompeten untuk memperoleh penyelesaian yang sempurna. Dapatan kajian ini juga memperlengkapkan lagi bukti untuk menyokong hujah bahawa kemahiran metakognitif merupakan aspek yang penting dalam menentukan kejayaan dalam proses penyelesaian masalah. Pelajar pencapaian cemerlang mempamerkan kemahiran metakognitif yang lebih baik daripada pelajar sederhana dan rendah. Beliau berkemampuan untuk mengorentasi sesuatu masalah dan merangka perancangan berdasarkan interpretasinya tentang matlamat masalah tersebut. Beliau juga kemudiannya berupaya melaksanakan perancangan tersebut dengan berkesan. Manakala pelajar pencapaian sederhana dan rendah menghadapi kesukaran dalam mengorentasi masalah dan tidak berupaya membuat perancangan yang strategik untuk menyelesaikan masalah. Mereka meluangkan lebih banyak masa dalam episod penerokaan berbanding pelaksanaan. Kesemua responden juga didapati tidak mengimplimentasikan semakan yang komprehensif sebagai suatu amalan rutin.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.