Pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan moral dalam melaksanakan aktiviti luar bilik darjah di sekolah menegah negeri Pahang
Type
Thesis
Main Author
Siva Sanggita Muniandy
Additional Authors
Marshelayanti Mohamad Razali (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Aktiviti Luar Bilik Darjah (ALBD) dalam Pendidikan Moral diperkenalkan kepada murid pada tahun 2017 dengan tujuan untuk membantu mereka menguasai dimensi moral yang merangkumi tiga dimensi utama, iaitu penaakulan moral, emosi moral, dan perlakuan moral. Namun, tahap kesediaan guru dalam memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka dalam melaksanakan ALBD masih menjadi persoalan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru dalam pelaksanaan ALBD dalam Pendidikan Moral di sekolah menengah di negeri Pahang. Selain itu, kajian ini turut mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru serta menganalisis tahap pelaksanaan ALBD berdasarkan opsyen guru. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan. Seramai 168 orang guru Pendidikan Moral dari sekolah menengah di negeri Pahang telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS melalui analisis deskriptif, analisis korelasi, dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan (min = 4.14) dan tahap kemahiran (min = 4.11) guru terhadap pelaksanaan ALBD adalah pada tahap yang tinggi. Namun begitu, analisis korelasi menunjukkan hubungan yang lemah antara tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru dengan pekali korelasi r = 0.092. Analisis Ujian T Sampel Bebas mendapati perbezaan antara guru opsyen dan bukan opsyen adalah signifikan secara statistik pada aras signifikan 0.05, menunjukkan opsyen guru mempengaruhi keupayaan pelaksanaan ALBD. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengetahuan semata-mata tidak memadai untuk menjamin pelaksanaan ALBD yang berkesan dalam Pendidikan Moral. Guru perlu memiliki kemahiran yang mencukupi untuk mempelbagaikan aktiviti bersesuaian bagi memastikan pelaksanaan ALBD dapat mencapai objektif pembelajaran. Kajian ini turut mendapati bahawa guru opsyen Pendidikan Moral menunjukkan tahap pelaksanaan ALBD yang lebih tinggi berbanding guru bukan opsyen, berdasarkan perbezaan yang signifikan dari segi tahap pengetahuan (min = 4.10 berbanding min = 3.85; t = 4.33, p < 0.001) dan tahap kemahiran (min = 4.05 berbanding min = 3.75; t = 1.97, p < 0.05). Penemuan ini memberikan implikasi penting terhadap keperluan latihan dan pembangunan profesional guru, khususnya dalam mempertingkat kemahiran pedagogi berkaitan ALBD. Oleh itu, kajian mencadangkan agar latihan khusus dan berfokus diberikan kepada guru bukan opsyen bagi memperkukuh keupayaan mereka dalam melaksanakan ALBD secara berkesan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.