UPSI Digital Repository (UDRep)

Amalan pengurusan kewangan sekolah menengah bertaraf pusat tanggungjawab (ptj) di daerah Kubang Pasu,Kedah

AVAILABLE Thesis 680 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Amalan pengurusan kewangan sekolah menengah bertaraf pusat tanggungjawab (ptj) di daerah Kubang Pasu,Kedah
Type
Thesis
Main Author
Siti Yuhanis Shafee
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2013
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi melihat amalan sebenar sekolah menengah di daerah Kubang Pasu yang diberi taraf Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam mengurus kewangan sekolah. Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti sumber kewangan yang diterima oleh pihak sekolah yang diberi taraf PTj. Di samping itu, kajian ini turut meninjau kebaikan serta keburukan pelaksanaan kewangan sekolah menengah bertaraf PTj dan seterusnya mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan pemberian taraf PTj di peringkat sekolah. Kaedah penyelidikan adalah secara kualitatif dan data diperolehi melalui temu bual bersama lima orang responden dan disokong oleh data yang diperolehi melalui senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan sumber kewangan sekolah terdiri daripada PCG, SUWA dan waran peruntukan kecil. Kajian juga menunjukkan sekolah kajian telah mematuhi semua prosedur dan tatacara pengurusan kewangan yang telah ditetapkan. Hasil kajian juga mendapati pemberian taraf PTj menjadikan urusan kewangan sekolah lebih mudah, cepat dan lebih berkesan. Namun pemberian taraf ini menjadikan tanggungjawab responden meningkat dan menjadikan beban tugas mereka turut meningkat. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan wujud keberkesanan dalam pengurusan kewangan sekolah menengah yang diberi bertaraf PTj di daerah Kubang Pasu berbanding sekolah bukan PTj. Implikasinya, adalah wajar pemberian taraf PTj kepada sekolah diteruskan di samping memperbanyakkan lagi bilangan sekolah yang layak untuk menerima taraf PTj.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.