|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini dijalankan bagi melihat amalan sebenar sekolah menengah di daerah
Kubang Pasu yang diberi taraf Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam mengurus
kewangan sekolah. Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti sumber kewangan
yang diterima oleh pihak sekolah yang diberi taraf PTj. Di samping itu, kajian ini turut
meninjau kebaikan serta keburukan pelaksanaan kewangan sekolah menengah bertaraf
PTj dan seterusnya mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan pemberian taraf PTj di
peringkat sekolah. Kaedah penyelidikan adalah secara kualitatif dan data diperolehi
melalui temu bual bersama lima orang responden dan disokong oleh data yang
diperolehi melalui senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan sumber kewangan
sekolah terdiri daripada PCG, SUWA dan waran peruntukan kecil. Kajian juga
menunjukkan sekolah kajian telah mematuhi semua prosedur dan tatacara pengurusan
kewangan yang telah ditetapkan. Hasil kajian juga mendapati pemberian taraf PTj
menjadikan urusan kewangan sekolah lebih mudah, cepat dan lebih berkesan. Namun
pemberian taraf ini menjadikan tanggungjawab responden meningkat dan menjadikan
beban tugas mereka turut meningkat. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan
wujud keberkesanan dalam pengurusan kewangan sekolah menengah yang diberi
bertaraf PTj di daerah Kubang Pasu berbanding sekolah bukan PTj. Implikasinya,
adalah wajar pemberian taraf PTj kepada sekolah diteruskan di samping
memperbanyakkan lagi bilangan sekolah yang layak untuk menerima taraf PTj. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |