UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB2361 Curriculum
Main Author :Syaiful Nizam Mustafa
Additional Authors :
  • Mahaliza Mansor
Title :Kepimpinan Transformasinasional guru penolong kanan Kokurikulum dan hubungannya dengan penglibatan kokurikulum murid sekolah komuniti orang Asli di Pahang
Hits :10
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2026
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji Kepimpinan Transformasional GPK Kokurikulum dan hubungannya dengan penglibatan kokurikulum murid sekolah komuniti orang Asli di Pahang. Kajian ini juga bertujuan mengkaji perbezaan penglibatan kokurikulum murid Asli sekolah luar bandar dengan pedalaman dan pengaruh kepimpinan transformasional GPK Kokurikulum terhadap penglibatan kokurikulum murid sekolah komuniti orang Asli di Pahang. Pendekatan yang digunakan untuk mengkaji pemboleh ubah dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Seramai 386 orang guru dari 25 buah sekolah orang Asli di Pahang terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian diambil daripada kajian lepas dan disesuaikan mengikut kajian ini dan disahkan oleh 5 orang pakar kesahan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 27.0 serta dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferens. Skor alfa Cronbach bagi kepimpinan transformasional GPK Kokurikulum ialah .973 manakala .985 adalah bagi penglibatan kokurikulum murid. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan transformasional GPK Kokurikulum dan penglibatan kokurikulum murid Asli masing-masing berada pada tahap tinggi (min=4.36, SP=0.51) dan (min=4.52, SP=0.44). Nilai analisis Sig.(2-tailed) = 0.445 menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara penglibatan kokurikulum murid Asli berdasarkan sekolah Asli luar bandar dengan pedalaman. Manakala, nilai r =.660** (n = 386, p = .001, p < .05) menunjukkan hubungan yang positif bagi keduadua pemboleh ubah yang dikaji. Analisis regresi menunjukkan wujud pengaruh kepimpinan transformasional GPK Kokurikulum terhadap penglibatan kokurikulum murid (p = .001, p < 0.05) dan disokong melalui dapatan r-square .436 atau 43.6 peratus. Kesimpulannya, objektif dan persoalan kajian dalam kajian ini telah dapat dijelaskan dan membuktikan bahawa kepimpinan transformasional mampu menyumbang kepada penglibatan kokurikulum murid Asli di Pahang sekaligus memberikan indikator yang jelas kepada pelbagai pihak khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengukuhkan tampuk kepimpinan sekolah dalam menentukan hala tuju sekolah komuniti orang Asli di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.