Strategi peta alir dalam memperkasa kemahiran penulisan karangan naratif bahasa Tamil murid Tahun 5
Type
Thesis
Main Author
Kanaga Manickam
Additional Authors
Muniisvaran Kumar (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta alir dalam meningkatkan kualiti penulisan autobiografi murid sekolah rendah, khususnya murid Tamil Tahun 5. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti permasalahan murid sebelum penggunaan peta alir, menilai peranan peta alir dalam proses penulisan autobiografi, serta menganalisis perubahan kualiti penulisan murid selepas intervensi dilaksanakan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen karangan murid sebelum dan selepas penggunaan peta alir. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebelum intervensi, murid menghadapi kesukaran dalam menyusun struktur cerita, mengembangkan isi, menggunakan bahasa yang gramatis, serta merancang penulisan secara sistematik. Selepas penggunaan peta alir, didapati berlaku peningkatan yang ketara dari segi organisasi karangan, pengembangan isi, penggunaan bahasa, dan keyakinan murid dalam menulis. Penggunaan peta alir membantu murid menyusun peristiwa secara kronologi, merangka idea dengan lebih jelas, serta mengurangkan beban kognitif semasa proses penulisan. Dapatan kajian ini selari dengan Teori Beban Kognitif dan Teori Konstruktivisme yang menekankan kepentingan alat bantu visual dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Kesimpulannya, peta alir merupakan strategi pedagogi yang berkesan dan praktikal dalam meningkatkan kualiti penulisan autobiografi murid sekolah rendah serta berpotensi diperluaskan kepada pengajaran penulisan jenis lain. Kata kunci: Peta alir, Penulisan karangan, Kemahiran menulis, Murid Tamil sekolah rendah, Alat bantu visual; Konstruktivisme
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.