UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB2361 Curriculum
Main Author :Teguh Sihono Masruri
Title :Pengurusan berasaskan sekolah dan hubungannya dengan prestasi sekolah serta kualiti pendidikan di daerah Istimewa Yogyakarta
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman dan perlaksanaan pengurusan berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan warga sekolah dan pemegang taruh di bidang pendidikan di daerah Istimewa Yogyakarta. Pemahaman dan pelaksanaan PBS dinilai dengan mengkaji pemboleh ubah yang berkaitan seperti pemahaman dan pelaksanaan autonomi daerah. Hipotesis yang dibentuk dalam kajian ini adalah pelaksanaan PBS mempunyai hubungan dengan pelaksanaan polisi pengurusan bajet pendidikan di peringkat sekolah. Seterusnya kedua-dua faktor ini memberi kesan terhadap prestasi sekolah dan kualiti pendidikan. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan bersifat kuantitatif yang melibatkan warga sekolah dan pemegang taruh dalam bidang pendidikan 44 SMP Negeri dan Swasta dan 30 SMA Negeri dan Swasta di Daerah Istimewa Yogyakarta. Kutipan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik 285 item yang diedarkan kepada 457 responden. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktural (SEM LISREL 8.51). Uji kesahan telah dilakukan ke atas semua konstruk dalam kajian ini iaitu autonomi daerah, pengurusan berasaskan sekolah, pengurusan bajet , prestasi sekolah dan kualiti pendidikan. Didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua konstruk pemboleh ubah ini terhadap prestasi sekolah dan kualiti pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti warga sekolah dan pemegang taruh dalam bidang pendidikan telah memahami dan melaksanakan otonomi daerah serta majoriti telah memahami dan melaksanakan pengurusan berasaskan sekolah. Manakala pengurusan berasaskan sekolah didapati mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap pengurusan bajet di peringkat sekolah dan seterusnya berkait secara positif dengan prestasi pendidikan dankualiti pendidikan. Implikasi kajian ini ialah peningkatan kualiti pendidikan dan prestasi sekolah boleh dicapai dengan pelaksanaan pengurusan berasaskan sekolah dan kemandirian dalam pengurusan bajet pendidikan di peringkat sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.