UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Thamil Selvi M.Krishnan
Additional Authors :
  • Ilaskumaran Sivanadhan
Title :Pengalaman penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) daerah Timut Laut Pulau Pinang satu kajian kualitatif
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan agenda utama transformasi pendidikan di Malaysia bagi menyokong pembelajaran abad ke-21. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ICT di peringkat sekolah rendah, khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)), masih berhadapan dengan pelbagai kekangan yang menjejaskan keberkesanannya. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam pengalaman guru SJK(T) dalam penggunaan ICT dalam PdP, dengan memberi tumpuan kepada tahap kesediaan dan pengalaman guru, kekangan infrastruktur ICT, sokongan teknikal dan latihan profesional, faktor motivasi dan keyakinan guru, serta strategi yang digunakan untuk mengatasi cabaran penggunaan ICT di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan kaedah temu bual separa berstruktur sebagai instrumen utama pengumpulan data. Seramai lima orang guru SJK(T) di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan dan snowball. Data dianalisis menggunakan analisis tematik berdasarkan enam langkah yang dicadangkan oleh Braun dan Clarke. Dapatan kajian mengenal pasti lima tema utama, iaitu ketidakseimbangan tahap kesediaan dan pengalaman guru menggunakan ICT, kekangan infrastruktur ICT di sekolah, kelemahan sokongan teknikal dan latihan profesional, pengaruh faktor emosi, motivasi dan keyakinan guru, serta strategi adaptasi guru dalam mengatasi kekangan ICT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun guru mempunyai kesedaran dan minat yang tinggi terhadap penggunaan ICT, integrasi teknologi masih berlaku pada tahap terhad disebabkan faktor sistemik dan persekitaran sekolah. Kekangan seperti peralatan ICT yang usang, capaian internet yang tidak stabil, serta latihan ICT yang tidak kontekstual telah menjejaskan keyakinan dan motivasi guru. Walau bagaimanapun, guru menunjukkan daya tahan dan kreativiti yang tinggi melalui pelbagai strategi penyesuaian bagi memastikan PdP dapat diteruskan. Kajian ini memberi implikasi penting kepada guru, pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka dasar, latihan profesional dan penyediaan infrastruktur ICT yang lebih menyeluruh dan kontekstual, khususnya bagi sekolah vernakular Tamil. Kata kunci: Pengintegrasian ICT; Pengajaran dan Pembelajaran; Pengalaman Guru; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Kajian Kualitatif
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.