Kesan penggunaan modul pembelajaran rugulasi kendiri terhadap motivasi dan pencapaian pelajar bagi tajuk fotosintesis biologi tingkatan empat
Type
Thesis
Main Author
Zuraidi Wahid
Subject
QH Natural history
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2008
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan modul Pembelajaran Regulasi
Kendiri bagi tajuk fotosintesis terhadap motivasi dan pencapaian pelajar biologi
tingkatan empat. Ianya dijalankan ke atas pelajar-pelajar (N=85) yang berprestasi tinggi
dan beq)l"estasi rendah dari kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil
matapelajaran biologi KBSM di dua buah sekolah dan melibatkan dua orang guru. Satu
modul pembelajaran PRK telah dibina meliputi subtopik fotosintesis tingkatan empat.
Modul ini adalah berpandukan model instruksi Dick & Carey ( 1985) yang mengandungi
unsur-unsur motivasi. Modul ini telah digunakan di dalam intervensi yang dilaksanakan
ke atas kumpulan eksperimen, manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah
pembelajaran konvensional oleh guru yang sama.Sebelum penggunaan modul kesemua
responden akan ditadbir dengan ujian motivasi Pra-MSLQ . Selepas penggunaan modul
. dan sesi pembelajaran konvensional, responden telah melalui ujian pencapaian dan ujian
MSLQ (pos). Analisis Ujian-t dibuat untuk melihat perbezaan dan peningkatan
pencapaian serta motivasi pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran yang berbeza .
Analisis ANOV A pula digunakan untuk membandingkan prestasi dan motivasi pelajar
bagi kumpulan-kumpulan yang berbeza prestasi. Hasil kajian menunjukkan motivasi
kumpulan pelajar yang mengikuti modul PRK(x = l5.81) mempunyai peningkatan yang
signifikan berbanding kumpulan pembelajaran konvensional( x =9.64) berdasarkan nilai t
(83) = -2.831, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.