UPSI Digital Repository (UDRep)

Penerapan Aplikasi Suno AI dalam pemahaman watak perwatakan novel Vaada Malar murid tingkatan 4

AVAILABLE Thesis 103 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penerapan Aplikasi Suno AI dalam pemahaman watak perwatakan novel Vaada Malar murid tingkatan 4
Type
Thesis
Main Author
Rajeswari Gopal
Additional Authors
  • Kartheges Ponniah (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan Aplikasi Suno AI dalam meningkatkan pemahaman watak dan perwatakan dalam novel Vaada Malar dalam kalangan murid Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Kesusasteraan Tamil di Malaysia. Permasalahan kajian ini berpunca daripada kesukaran murid memahami teks sastera, khususnya aspek watak dan perwatakan, yang sering dianggap abstrak dan mencabar melalui kaedah pengajaran konvensional. Sehubungan itu, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) diteroka sebagai satu pendekatan alternatif yang berpotensi meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid dalam pembelajaran sastera. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai enam orang murid Tingkatan 4 dipilih sebagai responden kajian dan terlibat dalam intervensi selama enam minggu menggunakan Aplikasi Suno AI. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca, rubrik pemarkahan serta pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. Data kuantitatif dianalisis melalui perbandingan markah dan peratus pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam pemahaman watak dan perwatakan murid selepas penggunaan Aplikasi Suno AI. Murid didapati lebih bermotivasi, aktif dan kreatif dalam menyampaikan idea serta dapat mengaitkan ciri-ciri watak dengan bukti teks dengan lebih berkesan. Penggunaan elemen muzik dijana oleh AI membantu murid memahami watak dan perwatakan novel secara lebih bermakna dan menyeronokkan. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa Aplikasi Suno AI berpotensi menjadi medium pengajaran yang inovatif dan berkesan dalam pembelajaran Kesusasteraan Tamil. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada guru, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasa penggunaan teknologi AI selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), serta membuka ruang kepada kajian lanjutan dalam bidang pendidikan sastera dan teknologi pendidikan. Kata kunci: Kesusasteraan Tamil, Aplikasi Suno AI, kecerdasan buatan (AI), novel Vaada Malar, watak dan perwatakan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.