UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan keberkesanan modul pengajaran aktif bagi tajuk tumbuhan terhadap pencapaian sains tahap dua di daerah Timur Laut Pulau Pinang

AVAILABLE Thesis 65 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan dan keberkesanan modul pengajaran aktif bagi tajuk tumbuhan terhadap pencapaian sains tahap dua di daerah Timur Laut Pulau Pinang
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Afif Mohd Aris
Additional Authors
  • Rosnidar Mansor (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif topik tumbuhan Sains tahap 2 dan seterusnya menguji kesahan dan keberkesanan modul daripada aspek pencapaian murid dalam topik yang dipelajari. Modul ini berfokuskan pembelajaran aktif yang berpusatkan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, Model ADDIE digunakan untuk membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif ini. Dua instrumen utama digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik dan ujian pra serta pasca. Hasil analisis menunjukkan bahawa modul ini memperoleh tahap kesahan pakar yang tinggi (88%) dan nilai kebolehpercayaan yang baik dengan pekali alpha Cronbach = 0.897. Selain itu, tahap kebolehgunaan modul juga dinilai tinggi, dengan skor min sebanyak 4.30 (90.44%). Seramai 180 murid telah dipilih sebagai sampel kajian, terdiri daripada 60 orang murid Tahun 4, 60 orang murid Tahun 5, dan 60 orang murid Tahun 6, yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Analisis ujiant terhadap skor pra dan pasca menunjukkan peningkatan pencapaian yang signifikan. Keputusan analisis ujian pasca bagi Tahun 4 (p = 0.021, p < 0.05), Tahun 5 (p = 0.012, p < 0.05), dan Tahun 6 (p = 0.001, p < 0.05) menunjukkan peningkatan ketara berbanding ujian pra yang tidak signifikan bagi Tahun 4 (p = 0.196, p > 0.05), Tahun 5 (p = 0.663, p > 0.05), dan Tahun 6 (p = 0.123, p > 0.05). Perbandingan skor min ujian pasca antara kumpulan kawalan dan rawatan juga menunjukkan peningkatan yang jelas: Tahun 4 _ kumpulan kawalan (M = 57.13), kumpulan rawatan (M = 88.93); Tahun 5 _ kumpulan kawalan (M = 50.47), kumpulan rawatan (M = 88.60); dan Tahun 6 _ kumpulan kawalan (M = 50.47), kumpulan rawatan (M = 89.67). Kesimpulannya, modul pengajaran dan pembelajaran aktif ini sangat berkesan digunakan oleh guru di sekolah untuk mengajar topik tumbuhan tahap 2 bagi membantu mereka meningkatkan pencapaian murid dalam topik yang dipelajari dalam subjek Sains. Implikasi kajian ini ialah modul pengajaran dan pembelajaran aktif ini dapat dijadikan sebagai rujukan guru dalam mengajar topik tumbuhan tahap 2. Selain itu, guru, pihak sekolah dan kementerian dapat menggunakan dapatan kajian ini dalam menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif yang berkualiti dalam topik ataupun bagi subjek yang lain

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.