UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Farah Suhaiza Saaya
Additional Authors :
  • Ida Puteri Mahsan
Title : Pembangunan model pengajaran e-Apresiasi Seni berasaskan aplikasi galeri virtual sekolah menengah
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai keberkesanan Model Pengajaran e- Apresiasi Seni berasaskan aplikasi galeri virtual sebagai alternatif pedagogi dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) sekolah menengah. Pemerkasaan pedagogi apresiasi seni melalui pendekatan digital ini penting untuk menangani cabaran pengajaran konvensional yang terbatas dari segi sumber visual, capaian bahan autentik, dan penglibatan murid secara aktif. Model ini dirancang selaras dengan kehendak Dasar Pendidikan Digital (KPM, 2021) serta aspirasi Revolusi Industri 4.0 yang menuntut integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bermakna dan berimpak tinggi. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) dengan tiga fasa utama: (i) analisis keperluan melalui temu bual separa berstruktur bersama lima orang guru PSV, (ii) pembinaan konstruk model menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) melibatkan 13 orang pakar, dan (iii) penilaian keberkesanan melalui kuasi-eksperimen melibatkan 70 murid Tingkatan 4 yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam pencapaian murid kumpulan rawatan, khususnya keupayaan menganalisis dan menghargai karya seni. Penilaian retrospektif oleh guru pengguna mendapati model ini mudah digunakan, fleksibel, dan mampu menyokong keberkesanan PdP dalam konteks kelas sebenar. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada penghasilan model pengajaran digital yang boleh dijadikan rujukan untuk memperkukuh pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital dalam subjek berasaskan seni. Kajian ini juga memperluas wacana pedagogi apresiasi seni melalui pendekatan teknologi berasaskan prinsip reka bentuk berpusatkan pengguna dan keperluan konteks tempatan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.