Implimentasi Argumented Reality (AR) dalam pendidikan STEM dalam kalangan guru prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Nur Filzahhana Ramlee
Additional Authors
Norly Jamil (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru prasekolah terhadap pengimplimentasian teknologi Augmented Reality (AR) dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Penggunaan AR dilihat berpotensi dalam meningkatkan pemahaman konsep abstrak serta penglibatan murid secara aktif dalam pembelajaran awal STEM (Ibanez & Delgado-Kloos, 2018; Sirakaya & Sirakaya, 2022). Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrummen kajian. Sampel kajian terdiri daripada kalangan guru prasekolah yang dipilih melalui kaedahh persampelan rawak mudah. Data analisis dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mendapatkan skor min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap kelebihan penggunaan AR dalam pendidikan STEM berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, tahap kesediaan guru prasekolah dalam mengimplimentasikan AR dalam pengajaran dan pembelajaran didapati berada pada tahap sederhana dan rendah. Dapatan ini selari dengan kajian terdahulu yang menyatakan bahawa kekurangan Latihan, kemudahan teknologi serta sokongan professional. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan implikasi penting terhadap pembangunan professional guru prasekolah khususnya dalam memperkukuh integrasi teknologi AR dalam pendidikan STEM. Kata kunci: Augmented Reality, pendidikan STEM, guru prasekolah, pengetahuan guru, keesediaan guru
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.