|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah pembelajaran Sains dalam kalangan
pelajar yang mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris terhad (Limited English Proficiency, LEP)
berdasarkan faktor guru, keluarga, rakan-rakan dan juga diri pelajar LEP itu sendiri. Kajian ini
melibatkan semua pelajar LEP di sembilan buah sekolah menengah dalam Daerah Kuala Selangor.
Pelajar-pelajar LEP ini telah diberi borang soal selidik mengenai masalah pembelajaran Sains
dalam kalangan mereka. Kajian diteruskan dengan temubual ke atas duapuluh orang pelajar LEP yang
dipilih secara rawak bagi mendapatkan cadangan mengatasi masalah pembelajaran mereka.
Analisa data kuantitatif menunjukkan faktor guru adalah penyumbang terbesar terhadap masalah
pembelajaran Sains diikuti dengan faktor diri pelajar sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Hasil
kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi masalah pembelajaran
Sains mengikut jantina bagi faktor guru. Waiau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan
mengikut jantina bagi faktor keluarga, pelajar dan rakan-rakan. Analisa data kualitatif
menunjukkan kebanyakan responden mencadangkan guru perlu mengubah cara pengajaran,
mengamalkan sikap positif dan bertindak sebagai pendorong. Pelajar LEP pula harus mengamalkan sikap
positif terhadap subjek sains, menumpukan sepenuh perhatian dan berusaha bersungguh-sungguh
dalam mempelajari subjek tersebut. Cadangan lain seperti sokongan moral dan kewangan daripada
keluarga dan sikap positif daripada kalangan rakan sebaya adalah diharapkan. Kajian ini
memberi implikasi terhadap golongan guru, keluarga, rakan-rakan dan diri pelajar LEP sendiri di
mana mereka harus menyedari tentang peranan yang perlu mereka laksanakan agar masalah pembelajaran
Sains yang dihadapi oleh pelajar LEP dapat diatasi. Sejajar dengan itu, kajian ini menuntut
perubahan dalam kaedah pengajaran guru apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai pelbagai
sikap, tahap kebolehan dan minat.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |