UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan antara motivasi pembelajaran sikap terhadap Matematik pengibatan Ibu Bapa dan pencapaian Matematik dalam kalangan murid tingkatan dua di Mukah

AVAILABLE Thesis 114 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan antara motivasi pembelajaran sikap terhadap Matematik pengibatan Ibu Bapa dan pencapaian Matematik dalam kalangan murid tingkatan dua di Mukah
Type
Thesis
Main Author
Ngien, Hock Wuong
Additional Authors
  • Murugan Rajoo (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Literatur lepas masih belum meneliti secara menyeluruh hubungan serentak antara penglibatan ibu bapa, sikap terhadap matematik dan motivasi pembelajaran dengan pencapaian matematik dalam konteks Malaysia, khususnya dalam kalangan murid luar bandar. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sama ada motivasi pembelajaran, sikap terhadap matematik dan penglibatan ibu bapa merupakan peramal kepada pencapaian matematik murid tingkatan dua di daerah Mukah, Sarawak. Selain itu, kajian ini turut meneliti peranan motivasi pembelajaran dan sikap terhadap matematik sebagai pemboleh ubah mediator dalam hubungan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melibatkan 633 orang murid Tingkatan Dua yang dipilih melalui kaedah persampelan populasi menyeluruh. Instrumen yang digunakan merangkumi Soal Selidik Strategi Bermotivasi untuk Pembelajaran bagi mengukur motivasi pembelajaran, Inventori Sikap Terhadap Matematik bagi mengukur sikap terhadap matematik, dan Inventori Pengaruh Ibu Bapa bagi menilai tahap penglibatan ibu bapa. Pencapaian matematik diukur melalui ujian sumatif. Analisis data dijalankan menggunakan Model Persamaan Berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap terhadap matematik, motivasi pembelajaran dan penglibatan ibu bapa merupakan peramal positif dan signifikan terhadap pencapaian matematik. Prosedur bootstrapping turut mengesahkan bahawa sikap terhadap matematik dan motivasi pembelajaran bertindak sebagai mediator separa dalam hubungan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian matematik. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa peningkatan tahap motivasi dan sikap positif murid terhadap matematik dapat memperkukuh pengaruh penglibatan ibu bapa dalam meningkatkan pencapaian matematik. Hasil kajian ini dapat memberi sumbangan kepada literatur tempatan serta menjadi panduan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah di Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru dalam merancang latihan dan intervensi peningkatan profesionalisme guru ke arah pengajaran matematik yang lebih berkesan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.