UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :ML Literature of music
Main Author :Moh Azam Rezali
Additional Authors :
  • Nor Suhardi Nor Hashim
Title : Rekontekstualisasi citra watak hipermoraliti sebagai wadah persembahan teater monodrama melayu
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian  ini  bertujuan  rekontekstualisasi  citra  watak  hipermoraliti  sebagai  wadah  persembahan teater monodrama Melayu. Fokus kajian  ini adalah mereka bentuk dan  mempamerkan watak  hipermoraliti  melalui  persembahan  teater Monodrama  sebagai  karya artistik. Kerangka teoritikal kajian berpandukan teori hipermoraliti Batailes yang  menegaskan plot penceritaan tidak lagi dibatasi dengan amalan nilai secara universal  dalam  karya  seni. Sebaliknya,  kandungan  plot naratif dan  aksi watak manusia  telah  melanggar batas nilai-nilai murni dengan membangunkan tindakan kejahatan dan tidak  bermoral sebagai satu nilai keindahan seni persembahan. Metodologi penciptaan karya  kreatif ini dihasilkan dari tindakan rekontekstualisasi cerita Si Tanggang arahan Jamil  Sulong dan cerita Hang Tuah arahan Phani Majumdar sedia ada kepada bentuk baharu  yang memerihalkan watak Tanggang, watak Deruma, watak Hang Jebat dan Hang Tuah  sebagai ikonik manusia bertingkah laku  ‘tanpa batas moral’ atau hipermoraliti. Hasil  penciptaan  karya  kreatif  jelas menunjukkan watak Tanggang, watak Deruma, watak  Hang Jebat dan Hang Tuah telah dibayangi tindakan bertingkah laku ‘hipermoraliti’ sebagai manusia yang manusia  lain dan sanggup bersengketa demi mempertahankan  kuasa  dan  kedudukan  mereka.  Implikasi  hasil  penciptaan  karya  kreatif  ini  jelas  menunjukkan  teater monodrama Melayu dapat dicipta semula sebagai manusia yang  nekad  melanggar  peraturan,  hukum  undang-undang  dan  nilai  murni  secara  hipermoraliti.   Hasil implikasi karya penciptaan  ini dapat  dijadikan panduan kepada  pemegang  taruh  memahami  kerangka  penciptaan  hipermoraliti  yang  dapat  membangunkan diri ikonik watak secara ‘kejahatan’ sebagai suatu keindahan baharu dalam persembahan teater monodrama Melayu. 
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.