UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Suliana Sulaiman
Title :Pencantas perkataan melayu untuk aksara jawi berasaskan petua
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Komputeran dan META-Teknologi
Year of Publication :2013
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pencantas perkataan merupakan proses membuang imbuhan pada perkataan dan menghasilkan perkataan  tercantas ataupun kata dasar. Pencantas perkataan boleh digunakan dalam capaian dokumen,  transliterasi, pengkelasan teks dan penterjemahan mesin. Pencantas perkataan yang dihasilkan dalam  kajian yang lepas bagi Bahasa Melayu lebih tertumpu kepada tulisan Rumi. Set petua yang dihasilkan  untuk mencantas imbuhan tidak sesuai untuk kata terbitan Jawi. Perbezaan ketara boleh dilihat pada  petua pembuangan akhiran '-an'. Contohnya, untuk tulisan Rumi, akhiran '-an' dieja dengan  menggunakan satu cara manakala untuk tulisan Jawi ianya boleh dieja sebagai 'i,)', \:,I', \:.,i:-'  dan 'u'. Oleh yang demikian, set petua Jawi diperlukan untuk membuang imbuhan pada kata terbitan  Jawi. Selain itu pencantas perkataan Bahasa Melayu yang menggunakan kamus kata dasar perlu sentiasa  dikemas kini untuk memastikan setiap perkataan yang dicantas sama dengan perkataan di dalam kamus  untuk mengurangkan ralat. Objektif bagi tesis ini adalah untuk menghasilkan petua cantasan serta  membangun dan menilai pencantas perkataan Jawi yang digunakan untuk mencantas kata terbitan dan  menghasilkan kata dasar yang merangkumi kata jati melibatkan satu, dua dan tiga suku kata. Set data  yang digunakan dalam kajian ini telah ditransliterasi ke dalam Jawi dan dibahagi kepada dua set,  iaitu artikel-artikel daripada Utusan Melayu dan Berita Harian yang dipilih secara rawak di antara  September 2009 - November 2010. Pangkalan data yang digunakan juga termasuklah Al-Quran terjemahan  Sheikh Abdullah Basmeih yang telah digunakan dalam kajian yang Iepas. Dalam penghasilan algoritma  pencantas perkataan ini, terdapat dua komponen penting telah dihasilkan iaitu petua nyah-imbuhan  untuk mencantas imbuhan dan petua pengesanan kesalahan ejaan Jawi (SEDR) yang digunakan untuk  menyemak perkataan yang dicantas. Petua nyah-imbuhan melibatkan beberapa proses yang memerlukan  pembuangan, penggantian dan penambahan aksara dalam setiap kata terbitan Jawi. Petua SEDR pula  melibatkan susunan corak ejaan untuk membentuk suku kata Jawi. Sebanyak enam eksperimen telah  dilakukan bermula dengan pengiraan ketepatan petua SEDR, pengiraan ketepatan petua Rule Application  Order dan Rule Frequency Order menggunakan data Jawi, turutan pembuangan imbuhan, pengiraan ketepatan pencantas berasaskan penilaian Frakes dan Paice  serta penilaian algoritrma signifikasi berasaskan statistik.  Hasil keseluruhan daripada kajian  mendapati  bagi nilai min purata ketepatan (MPK) dokwnen Jawi yang dicantas adalah 8.43% manakala  nilai MPK dokumen Jawi yang tidak dicantas adalah 5.14%. Pencantas perkataan Melayu untuk aksara  Jawi ini dapat membantu meningkatkan ketepatan dalam capaian dokumen Jawi.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.