Komodifikasi persembahan teater Mak Yung Raja Besar Maha Gading (2019) di Istana Budaya
Type
Thesis
Main Author
Nur Atiqah Samaun
Additional Authors
Salman Alfarisi (advisor)
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini tertumpu kepada mengenal pasti komodifikasi yang berlaku di dalam persembahan teater Mak Yung Raja Besar Maha Gading (2019) di Istana Budaya dengan menggunakan teori komodifikasi. Komodifikasi membawa maksud satu usaha yang dilakukan oleh sesebuah organisasi terhadap subjek yang dahulunya bukan komoditi kepada komoditi. Asas bagi melihat sesebuah subjek yang mengalami komodifikasi adalah dari segi objek, tanda dan kualiti. Melalui kajian ini objek atau bahan yang dikomodifikasikan adalah persembahan teater Mak Yung Raja Besar Maha Gading (2019) di Istana Budaya. Manakala bagi tanda pula di lihat dari beberapa aspek perubahan yang berlaku seperti pemilihan pelakon, pencahayaan, solekan, tempat persembahan dan bentuk panggung serta tiket persembahan. Seterusnya, kualiti dilihat pada nilai, konteks dan juga cara pengkormersialan persembahan. Ketiga-tiga kualiti ini dilihat dengan dua sudut pandang yang berbeza iaitu dari Mak Yung asal kampung yang di pilih secara rawak dengan persembahan teater Mak Yung Raja Besar Maha Gading (2019) di Istana Budaya. Pendekatan kaedah kualitatif digunakan bagi kajian ini melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti bahagian manakah telah berlakunya perubahan di dalam persembahan ini. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pengetahun kepada semua lapisan masyarakat tentang perubahan yang berlaku terhadap persembahan Mak Yung ini dan kajian ini juga menjadi fungsi kepada sumber rujukan kepada penyelidik lain sebagai rujukan atau melengkapi jurang kajian yang masih belum terisi. Kajian sebegini penting diangkat agar kesenian teater tradisional Mak Yung ini boleh berkembang seiring dengan peredaran zaman.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.