|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini menumpukan perhatian kepada pandangan kesusasteraan penulis terhadap Kesusasteraan Moden Mahua pada peringkat awal. Kajian ini telah menganalisis 40 makalah ulasan kesusasteraan dalam XinGuomin Ribao pada tahun 1919 hingga 1925 dengan menggunakan kerangka _perjalanan teori_ Edward Said bagi meneliti pandangan kesusasteraan penulis Mahua pada masa itu. Dapatan menunjukkan bahawa pandangan tersebut menekankan realisme, menjadikan rakyat sebagai subjek penulisan serta menitikan hubungan antara kesusasteraan dengan kehidupan. Pandangan sastera ini sejajar dengan pandangan penulis di China, khususnya penulis dari Persatuan Penyelidikan Kesusasteraan China. Namun perbezaan struktur sosial antara masyarakat Mahua dan negara China sudah pasti akan menimbulkan perbezaan yang wajar diteliti. Penulis Mahua bukan menerima pandangan mereka secara kesemuaan, sebaliknya disaring dan disesuaikan dengan realiti tempatan. Melalui proses ini, penulis Mahua awal berhasrat memanfaatkan konsep _kesusasteraan untuk kehidupan_ dan _populisme_ melalui medium akhbar serta drama bagi menyebarkan wacana baharu serta menggerakkan fungsi reformasi sosial |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |