UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan garis panduan penyoalan dalam drama berasaskan Teori Anderson

AVAILABLE Article 77 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Pembinaan garis panduan penyoalan dalam drama berasaskan Teori Anderson
Type
Article
Main Author
Nor Asyfaa Mansor
Additional Authors
  • Hasrina Baharum
Subject
LB Theory and practice of education
ISSN
2289-9391
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
UPSI Press
Year of publication
2025
Notes
Vol. 11 No. 2 (2025): EDUCATUM Journal of Social Sciences (EJoSS)
Degree Type
Others
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada Pembinaan Garis Panduan Penyoalan Dalam Drama Berasaskan Kepada Teori Anderson. Kajian ini dibina kerana terdapat beberapa masalah dalam kalangan guru Kesusasteraan Melayu dalam membina soalan-soalan berlainan aras kepada murid-murid. Manakala, subjek tumpuan adalah memfokuskan kepada drama bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Hal ini demikian kerana penerimaan murid bagi subjek drama adalah berlainan bagi setiap murid. Kajian ini mempunyai dua objektif, pertama, menganalisis keperluan pembinaan garis panduan penyoalan dalam drama. Kedua, mereka bentuk dan membangunkan garis panduan penyoalan dalam drama menggunakan teori Anderson. Selain itu, metodologi kajian ini menggunakan model ADDIE sebagai panduan dalam merangka proses pembinaan penyoalan, namun begitu dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan proses ADDIE ini sehingga fasa pembangunan sahaja. Manakala, teori kognitif yang digunakan adalah teori Lorin Anderson dan Krathwohl (2001). Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan bertujuan, manakala bilangan sampel kajian yang akan digunakan adalah tiga orang guru Kesusasteraan Melayu untuk menjawab soalan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keperluan dalam membangunkan garis panduan ini iaitu keperluan penyoalan untuk menilai kefahaman murid, merangsang minat murid dan juga melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, pengkaji telah mereka bentuk dan membangunkan garis panduan ini mengikut beberapa proses yang telah dikenal pasti dalam bahagian dapatan kajian dan pembangunan kajian ini. Garis panduan ini dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas serta garis panduan ini juga mampu membantu guru-guru Kesusasteraan Melayu khususnya kepada guru-guru yang baharu. Kata kunci: Garis panduan, penyoalan, drama, Teori Anderson, Kesusasteraan Melayu, ADDIE, Lorin Anderson dan Krathwohl (2001)

References

Ahmad Syafiq Yusof, Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain & Sakinah Ab. Rahim. (2022). Tahap Penguasaan dan Hubungan antara Pengetahuan terhadap Kemahiran Pelaksanaan KBAT dengan Faktor Kesediaan dan Sikap Guru dalam Mengimplementasikan KBAT ketika Sesi PdP sebagai Moderator: Satu Kajian di Daerah Johor Bahru. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences5(2):182-191. 

 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT dalam Pedagogi. Perpustakaan Negara Malaysia. 

 

Noor Badriah Abu Bakar & Lilia Halim.(2023). Penyoalan Lisan Guru dalam Pembelajaran Sains Berasaskan Inkuiri. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2), e002142. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.2142. 

 

Nor’Aida Khairuddin, Khalidah Ahmad, Mohd Zulfahmi Bahaudin, Halina Kasmani, NurBahiyah Abdul Wahab, Azlina Amir Hamzah dan Fatimah Hishamuddin. (2023). Tahap Kompetensi Penyoalan KBAT Dalam Kalangan Guru-Guru Pelatih Opsyen STEM di Institut Pendidikan Guru. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. 

 

Nor Sa’adah Jamaluddin. (2020). Pengaruh Konsep Kendiri Akademik sebagai Moderator Terhadap Persekitaran dan Strategi Pembelajaran dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid Perakaunan. Universiti Putra Malaysia. 

 

Nor Saadah Azahari & Nik Mohd Rahimi. (2022). Pendekatan Pembelajaran Norma Baharu. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

 

Norshima Azmi. (2021). Penggunaan Aplikasi ‘Simulasi Stail Berfikir dan Menyelesaikan Masalah’ dalam kalangan Pelajar Program Pendidikan. Universiti Utara Malaysia. 

 

Parimala A/P Krishnan. (2022). Kesediaan dan Amalan Teknik Penyoalan Berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

 

Site Hadijah binti Harun. (2017). Keberkesanan Peta Pemikiran Untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Subjek Sains. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. 

 

Syafiq Mah Hasan. (2019). Meningkatkan Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran. Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. 

 

Wilen, W. W. (1991). Questioning Skills For Teachers (3rd ed.). National Education Association, Washington. 

 

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan dalam Pengajaran guru Bahasa Melayu: kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(Mei 20211), 51-65.

 


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.