UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Omar Firdaus Mohd Said
Title :Kesan program perkhemahan pendidikan luar terhadap sikap alam sekitar dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam (IR)
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah bertujuan menentukan kesan program Perkhemahan Pendidikan Luar Model UPSI (PPLU) bagi sikap pelajar terhadap alam sekitar berdasarkan jantina, tempat tinggal dan juga perbezaan pendapat individu tentang alam sekitar. Kajian ini menggunakan rekabentuk Quasi Eksperimental (pra ujian dan pasca ujian dengan kumpulan kawalan). Seramai 160 pelajar dipilih secara rawak sistematik dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan seramai 80 pelajar mengikuti program PPLU dan kumpulan kawalan seramai 80 pelajar mengikuti program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (PPUB). Manakala lapan orang pelajar dari kumpulan rawatan dipilih secara rawak bagi mengumpul data pemerhatian lapangan. Instrumen utama kajian ini adalah soal selidik Enviromental Attitudes Knowledge & Scale (EAKS) yang mempunyai 36 item soalan Sikap Terhadap Alam Sekitar. Pengkaji menggunakan pemerhatian lapangan berstruktur sebagai instrumen sokongan. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan beberapa analisis kajian iaitu peratusan, ujian t tidak bersandar dan ujian t berpasangan. Analisis regrasi berbilang juga digunakan untuk mencari faktor yang mempengaruhi perkaitan perubahan sikap individu. Dapatan kajian menyatakan pelajar yang tinggal di bandar dilihat mempunyai perubahan sikap yang signifikan terhadap alam sekitar selepas tamat program perkhemahan PPLU. Sebaliknya dapatan kajian bagi pembolehubah jantina dan pendapat menunjukkan tidak terdapat perubahan yang signifikan. Bagi dapatan regrasi berbilang pula menunjukkan, tempat tinggal dilihat sebagai predictors yang mempunyai perhubungan sangat rapat terhadap perubahan sikap pelajar terhadap alam sekitar. Rumusan kajian mendapati, tempat tinggal boleh mempengaruhi kepada perubahan sikap pelajar terhadap alam sekitar. Cadangan kajian masa depan dicadangkan penambahbaikan jumlah responden yang lebih besar iaitu seluruh Negeri Selangor, penambahbaikan pembolehubah yang lain dan juga pemantapan model perkhemahan PPLU yang boleh mempengaruhi perubahan sikap lebih menyeluruh terhadap alam sekitar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)