|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini adalah mengenai aspek pemaknaan dalam perkamusan Melayu, dengan tumpuan khusus terhadap
Kamus Melayu Inggeris Dewan. Aspek makna yang dibincangkan ialah aspek huraian definisi
mengikut amalan pendefinisian COBUILD. Setiap kata entri yang dikaji dihuraikan maknanya
berdasarkan analisis terhadap data korpus berkomputer.
Tesis ini mengandungi enam bab. Bab I membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, skop
kajian dan metodologi kajian. Bab II pula membincangkan konvensi leksikografi dan amalan
pendefinisian oleh projek COBUILD dan Kamus Dewan.
Bab III menerangkan data korpusberkomputer, iaitu peranti utama yang digunakan untuk mentakrif sesuatu kata entri.
Bab ini turut membincangkan baris-baris konkordans, iaitu datayang dikeluarkan daripada data korpus berkomputer.
Daripada baris-baris konkordans ini, makna ditentukan berdasarkan kolokasi kata.
Bab IV pula menghuraikan makna perkataan memotong berdasarkan baris-baris konkordans yang
dijana daripada data korpus. Bagi menghuraikan setiap kata, amalan pendefinisian COBUILD
diterapkan. Bab V pula membincangkan perkataan-perkataan yang seperangkat dengan perkataan
memotong. Daripada analisis terhadap baris-baris konkordans, didapati bahawa setiap
perkataan mempunyai persekitaran linguistik yang berbeza.
Bab VI merupakan bab penutup. Dalam bab ini disimpulkan bahawa data korpus amat penting dalam
penghasilan sesebuah kamus dan amalan pendefinisian COBUILD amat membantu pengguna kamus
untuk memahami sesuatu kata dalam bahasa Melayu.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |