UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkamusan Melayu : Sumbangan data korpus berkomputer

AVAILABLE Thesis 108 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkamusan Melayu : Sumbangan data korpus berkomputer
Type
Thesis
Main Author
Norliza Jamaluddin
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2000
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini adalah mengenai aspek pemaknaan dalam perkamusan Melayu, dengan tumpuan khusus terhadap  Kamus  Melayu  Inggeris  Dewan.  Aspek makna yang dibincangkan ialah aspek huraian definisi  mengikut amalan pendefinisian COBUILD. Setiap kata entri yang dikaji dihuraikan maknanya  berdasarkan analisis terhadap data korpus berkomputer. Tesis ini mengandungi enam bab. Bab I membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, skop  kajian dan metodologi kajian. Bab II pula membincangkan  konvensi  leksikografi  dan  amalan  pendefinisian oleh projek COBUILD dan Kamus Dewan. Bab  III  menerangkan  data  korpusberkomputer,  iaitu peranti utama yang digunakan untuk mentakrif sesuatu kata entri.  Bab ini turut membincangkan baris-baris konkordans, iaitu datayang dikeluarkan daripada data korpus berkomputer.  Daripada  baris-baris  konkordans  ini,  makna ditentukan berdasarkan kolokasi kata. Bab IV pula menghuraikan makna perkataan memotong  berdasarkan  baris-baris  konkordans  yang  dijana  daripada  data  korpus.  Bagi  menghuraikan setiap  kata, amalan  pendefinisian COBUILD diterapkan. Bab V pula membincangkan perkataan-perkataan yang seperangkat dengan perkataan memotong.  Daripada  analisis  terhadap  baris-baris konkordans,  didapati  bahawa  setiap   perkataan mempunyai persekitaran linguistik yang berbeza. Bab VI merupakan bab penutup. Dalam bab ini disimpulkan bahawa data korpus amat penting dalam   penghasilan  sesebuah  kamus  dan  amalan pendefinisian COBUILD amat membantu pengguna kamus untuk memahami sesuatu kata dalam bahasa Melayu.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.