UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Qurratuaini Che Anuar
Additional Authors :
  • Norhisham Muhamad
Title : Amalan pengajaran guru kelas KAFA menengah di negeri Selangor
Hits :5
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pelaksanaan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Malaysia pada hari ini telah mencapai kemajuan bukan hanya di peringkat sekolah rendah malah di peringkat sekolah menengah juga. Ini menunjukkan guru KAFA memainkan peranan penting dalam memperkasakan amalan pengajaran guru. Kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Kafa Menengah (KKM) di Negeri Selangor yang melibatkan kesediaan guru serta kaedah yang dilaksanakan oleh guru. Teori Ibnu Khaldun digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti kaedah yang dilaksanakan di KKM. Kajian ini melibatkan 56 guru yang mengajar KKM di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey research) yang menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian digunakan dalam kajian ini. Kaedah analisis data dalam kajian ini adalah menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi menggunakan peratus, min, sisihan piawai, Ujian t-Test, ANOVA dan Korelasi Pearson. Min keseluruhan dapatan kajian bagi tahap kesediaan guru adalah sederhana tinggi iaitu 3.98, manakala kaedah pengajaran adalah tinggi iaitu 4.33. Min masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.72. Analisis Inferensi perbezaan menunjukkan 3 hipotesis nol diterima dan 1 hipotesis nol ditolak berdasarkan 4 faktor demografi guru. Analisis korelasi menunjukkan hubungan di antara kesediaan guru dengan amalan pengajaran guru ialah (r=0.582, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.