UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Zaleha Mohamed@Zainuddin
Additional Authors :
  • Nor Asimah Zakaria
Title :Pembangunan dan kebolehgunaan modul M-Classy-Art unit kompentensi Ilustrasi Fesyen perantis pusat Latihan SLDN di Perak
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2026
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian M-CLASSY-Art, bertujuan untuk membangunkan modul M-pembelajaran bagi menambahbaik pencapaian dan latihan kompetensi Ilustrasi Fesyen berasaskan NOSS bagi perantis Sistem Latihan Dual Nasional di Perak. Rekabentuk kajian berbentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif dan pembangunan modul berpandukan model ADDIE. Ketidakcukupan tempoh latihan dan kekurangan bahan rujukan adalah cabaran utama unit kompetensi Ilustrasi Fesyen. Ketidakseragaman demografi perantis, berdasarkan aspek taraf pendidikan, status perkahwinan, dan umur turut menjadi halangan proses pembelajaran sehingga memberi kesan kelemahan dalam pencapaian. Analisis keperluan yang dijalankan telah menyokong, merialisasikan idea pembangunan M-pembelajaran berkonsepkan multimedia dan boleh diakses dengan peranti elektronik secara fleksibel. Seramai 115 perantis Pusat Latihan SLDN di Perak dipilih sebagai responden untuk menilai kebolehgunaan modul ini. Kesahan modul dinilai oleh sembilan pakar, memperoleh Content Validity Index (CVI) = 1.0, menunjukkan kesahan yang sangat tinggi. Cronbach_s alpha menunjukkan nilai kepercayaan tinggi 0.959, menandakan kebolehpercayaan modul yang sangat baik. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan tahap kebolehgunaan modul adalah tinggi, dengan nilai min pada konstruk bahasa, kurikulum NOSS, kandungan modul dan multimedia berada pada bacaan 4.55 hingga 4.60. Ujian-T menunjukkan perbezaan signifikan dalam kebolehgunaan berdasarkan taraf pendidikan, terutamanya pada konstruk kurikulum (p = 0.033) dan multimedia (p = 0.037), dimana kumpulan perantis tanpa SPM menghadapi kesukaran dalam memahami kurikulum dan kurang terlibat dengan multimedia. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan signifikan berdasarkan status perkahwinan diantara bujang dan berkahwin dengan nilai p melebihi tahap sig (0.05), kecuali aspek umur bagi konstruk multimedia (p = 0.025). Secara keseluruhannya, pembangunan M-Classy-Art menunjukkan kebolehpercayaan dan kebolehgunaan yang baik. Implikasi kajian terhadap perantis sesuai sebagai alternatif pembelajaran yang efektif, sekaligus membantu menambahbaik pencapaian. Implikasi turut dirasai terhadap pengajar, Pusat Latihan SLDN dan Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam tambahbaik sumber pengajaran dan pembelajaran latihan berasaskan teknologi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.