UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Suzana Zakaria
Additional Authors :
  • Khalip Musa
Title :Kesan kepimpinan spiritual pengetua terhadap kepuasan kerja guru dan komitmen organisasi di sekolah menengah
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kepimpinan spiritual pengetua, kepuasan kerja guru dan komitmen organisasi di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Johor dan mengenal pasti perbezaan amalan kepimpinan spiritual pengetua, kepuasan kerja dan komitmen organisasi berdasarkan umur dan kelayakan akademik guru. Kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara kepimpinan spiritual terhadap kepuasan kerja guru dan komitmen organisasi di sekolah serta menganalisis pengaruh dimensi kepimpinan spiritual pengetua terhadap kepuasan kerja guru dan komitmen organisasi di sekolah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dari Spiritual Leadership Theory Revised Version (SLT), Job Satisfaction Survey (JSS) dan Three-Component Model Employee Commitment Revised Version (TCM-ECS). Pesampelan rawak berstrata digunakan untuk mendapatkan responden kajian sebanyak 377 orang guru SMK di negeri Johor. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap amalan kepimpinan spiritual dalam kalangan pengetua di Negeri Johor adalah tinggi (M= 3.79, SP=0.54). Manakala tahap kepuasan kerja guru juga adalah tinggi (M= 3.76, SP=0.46). Analisis deskriptif turut mendapati komitmen organisasi berada ditahap tinggi (M= 3.58, SP=0.52). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan bagi faktor umur dan tidak terdapat perbezaan bagi faktor kelayakkan akademik dalam kalangan guru Sekolah Menengah. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan spiritual pengetua terhadap kepuasan kerja guru di sekolah (r = .690, p < 0.05), begitu juga terdapat hubungan yang signifikan kepimpinan spiritual terhadap komitmen organisasi (r = .435, p < 0.05). Dapatan analisis regresi berganda menunjukkan dimensi komitmen paling menyumbang dalam kepimpinan spiritual (R= .207, _ = .297). Kesimpulannya dapatan kajian ini menunjukkan terdapat pengaruh kepimpinan spiritual pengetua terhadap kepuasan kerja guru dan meningkatkan komitmen organisasi SMK di Johor. Implikasi kajian memberikan indikator bahawa amalan kepimpinan spiritual perlu dibudayakan dalam kalangan pemimpin pendidikan bagi menjamin tahap kepuasan kerja guru dan komitmen organisasi yang tinggi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.