UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Rosmamalmi Mat Nawi
Title :EISD : Sistem aplikasi penyaringan murid disleksia
Hits :10
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2013
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan sistern aplikasi secara atas talian yang  dikenali sebagai Instrumen Senaraisemak Disleksia elektronik (eISD), dan menguji kepenggunaan  sistem tersebut. Di Malaysia, sekolah yang mengendalikan Program Khas Disleksia untuk pelajar  disleksia menggunakan instrumen saringan manual yang rumit dan lambat dalam mengdiagnois ciri-ciri  disleksia yang ada pada pelajar. Pembangunan sistem adalah berasaskan Metodologi Rapid Prototyping  dan pendekatan Decision Support System (DSS) dengan teknik Analytical Hierarchy Process (AHP)  Model. Manakala dalam pengujian kepenggunaan (keberkesanan dan kemudahgunaan) pula, pendekatan  kualitatif yang berasaskan temubual semi struktur dan pemerhatian digunakan yang melibatkan dua  orang guru dan seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Melaka. Bagi menguji aplikasi  keberkesanan, instrumen Paper Log: TCT dan Task List digunakan dan bagi menguji aplikasi  kemudahgunaan pula instrumen Senarai Semakan Kepenggunaan-Kemudahgunaan  (SSK-MuG)  digunakan.   Hasil  dapatan  penilaian keberkesanan menunjukkan keputusan dapat dihasilkan dengan cepat dan  tepat. Penilaian ke atas kemudahgunaan pula menunjukkan bahawa pengguna amat berpuas hati dengan  kefungsian sistem. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan  bahawa sistem aplikasi atas  talian dalam bahasa Melayu adalah satu alat penyaringan yang memberi manafaat, khusus kepada mereka  yang terlibat dalam pembelajaran khas di Malaysia. Guru dan pentadbir sekolah boleh memperolehi  maklumat penting yang relevan dengan disleksia dengan lebih cepat dan tepat.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.