|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini dijalankan untuk meninjau kefahaman warna di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah
Tingkatan 2 dalam pembelajaran Pendidikan Seni. Kajian ini melihat respons pelajar menggunakan
warna cat air dan tahap pengetahuan mereka tentang konsep warna dalam pembelajaran Pendidikan Seni.
Sampel terdiri daripada 242 pelajar dan 3 buah sekolah menengah harian di Daerah Manjung, Perak
Darul Ridzuan. Strategi persampelan yang digunakan ialah rawak mudah. Soal selidik, borang
pemerhatian, senarai temu bual separa berstruktur dan borang analisis dokumen digunakan sebagai
instrumen kajian. Kaedah statistik deskriptif telah digunakan dan hanya melibatkan peratusan dan
jumlah min. Analisis faktor ujian kebolehpercayaan Cronbach-Alpha telah juga digunakan. Data yang
dikutip melalui instrumen pemerhatian dan temu bual disusun mengikut data soal selidik.Data
daripada analisis dokumen memfokuskan kepada keputusan markah yang diperoleh pelajar selepas sesi
pemerhatian. Dapatan menunjukkan pelajar-pelajar Tingkatan 2 di sekolah menengah yang dikaji
memberikan respons positif tentang pembelajaran warna cat air.Kajian juga mendapati pelajar
berpengetahuan dan memahami konsep warna dalam pembelajaran Pendidikan Seni. Pengetahuan dan
kefahaman pelajar dikenal pasti berpunca daripada faktor guru, bahan-bahan rujukan sedia ada dan
hasil koleksi kerja mewarna terdahulu. Kajian mendapati pelajar berada dalam lingkungan sederhana
dalam aktiviti mewarna.Faktor sikap pelajar itu sendiri adalah penyebab kepada kurang mahir
semasa pelajar mewarna.Faktor guru tidak opsyen dan kemudahan bilik seni mempengaruhi asas
kemahiran mewarna pelajar. Kesimpulan kajian ini mendapati bahawa pelajar berpengetahuan tentang
warna tetapi kurang mahir mewarna.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |