UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :N Fine Arts
Main Author :Kasran Mat Jiddin
Title :Tinjauan kefahaman warna dalam pembelajaran pendidikan seni di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 2
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of Publication :2003
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan untuk meninjau kefahaman warna di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah  Tingkatan 2 dalam pembelajaran Pendidikan Seni. Kajian ini melihat respons pelajar menggunakan   warna cat air dan tahap pengetahuan mereka tentang konsep warna dalam pembelajaran Pendidikan Seni.  Sampel terdiri daripada 242 pelajar dan 3 buah sekolah menengah harian di Daerah Manjung, Perak  Darul Ridzuan.  Strategi persampelan yang digunakan ialah rawak mudah. Soal selidik, borang  pemerhatian, senarai temu bual separa berstruktur dan borang analisis dokumen digunakan sebagai  instrumen kajian. Kaedah statistik deskriptif telah digunakan dan hanya melibatkan peratusan dan  jumlah min. Analisis faktor ujian kebolehpercayaan Cronbach-Alpha telah juga digunakan.  Data yang  dikutip melalui instrumen pemerhatian dan temu bual disusun  mengikut  data  soal  selidik.Data   daripada  analisis  dokumen memfokuskan kepada keputusan markah yang diperoleh pelajar selepas sesi  pemerhatian.  Dapatan menunjukkan pelajar-pelajar Tingkatan 2 di sekolah menengah yang dikaji   memberikan respons positif tentang pembelajaran warna cat air.Kajian juga mendapati  pelajar  berpengetahuan dan memahami konsep warna dalam pembelajaran Pendidikan Seni. Pengetahuan dan  kefahaman pelajar dikenal pasti berpunca daripada faktor guru, bahan-bahan rujukan sedia ada dan  hasil koleksi kerja mewarna terdahulu.  Kajian mendapati pelajar berada dalam lingkungan sederhana  dalam aktiviti mewarna.Faktor sikap pelajar itu sendiri adalah penyebab kepada kurang mahir  semasa pelajar mewarna.Faktor guru tidak opsyen dan kemudahan bilik seni mempengaruhi asas  kemahiran mewarna pelajar. Kesimpulan kajian ini mendapati bahawa pelajar berpengetahuan tentang warna tetapi kurang mahir mewarna.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.