|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi (salah tanggapan) pelajar terhadap punca dan
kesan penipisan ozon dengan menggunakan konsep kartun, serta keberkesanan penggunaan modul kartun
terhadap minat dan pencapaian pelajar. lanya melibatkan 72 orang pelajar terdiri daripada 39 orang
dalam kumpulan eksperimen dan 33 orang dalam kumpulan kawalan yang dipilih secara rawak dari sebuah
sekolah di lpoh, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk metodologi campuran (mixed methodology)
yang menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen pra dan pasca ujian, soal selidik dan temu
bual kumpulan berfokus. Miskonsepsi dianalisis secara kualitatif dan dikelaskan, sementara analisis
ujian-t digunakan untuk mengesan peningkatan pencapalan serta minat pelajar. Dapatan
kuantitatif minat pelajar ditriangulasi dengan data daripada temu bual. Hasil dapatan kajian,
miskonsepsi pelajar terhadap punca penipisan ozon dikelaskan kepada empat kategori, iaitu asap
kenderaan, penebangan hutan, pembakaran terbuka dan hasil sampingan produk kilang. Miskonsepsi
terhadap kesan penipisan ozon pula dikelaskan kepada lima kategori, iaitu perubahan iklim dunia,
pemanasan global, terbentuknya kesan rumah hijau, gangguan terhadap sistem penafasan manusia dan
terdapatnya 'lubang' di langit. Hasil dapatan analisis ujian-t terhadap data pencapaian Biologi
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan yang menggunakan modul
kartun dengan kumpulan yang menggunakan buku teks sekolah (p.05). Dalam pada itu, analisis data temu bual terhadap minat bertambah dengan penggunaan
modul kartun. Rumusannya, miskonsepsi perlu dikenal pasti dan dibetulkan serta elemen kartun boleh
diterima pakai sebagai pendekatan alternatif dalam proses pengajaran.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |