UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QC Physics
Main Author :Rosmawati Muhammad Kharuddin
Title :Penggunaan kartun dalam mengenalpasti Miskonsepsi dan pencapaian pelajar dalam tajuk ekosistem terancam pelajar tingkatan 4
Hits :10
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2013
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi (salah tanggapan) pelajar terhadap punca dan  kesan penipisan ozon dengan menggunakan konsep kartun, serta keberkesanan penggunaan modul kartun  terhadap minat dan pencapaian pelajar. lanya melibatkan 72 orang pelajar terdiri daripada 39 orang  dalam kumpulan eksperimen dan 33 orang dalam kumpulan kawalan yang dipilih secara rawak dari sebuah  sekolah di lpoh, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk metodologi campuran (mixed methodology)  yang menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen pra dan pasca ujian, soal selidik dan temu  bual kumpulan berfokus. Miskonsepsi dianalisis secara kualitatif dan dikelaskan, sementara analisis   ujian-t digunakan  untuk mengesan peningkatan  pencapalan  serta  minat  pelajar.  Dapatan   kuantitatif  minat  pelajar ditriangulasi dengan data daripada temu bual. Hasil dapatan kajian,  miskonsepsi pelajar terhadap punca penipisan ozon dikelaskan kepada empat kategori, iaitu asap  kenderaan, penebangan  hutan, pembakaran terbuka dan hasil sampingan  produk kilang. Miskonsepsi   terhadap kesan penipisan ozon pula dikelaskan kepada lima kategori, iaitu perubahan iklim dunia,  pemanasan global, terbentuknya kesan rumah hijau, gangguan terhadap sistem penafasan manusia dan  terdapatnya 'lubang' di langit. Hasil dapatan analisis ujian-t terhadap data pencapaian Biologi  menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan yang menggunakan modul  kartun dengan kumpulan yang menggunakan  buku teks sekolah (p.05). Dalam pada itu, analisis data  temu  bual  terhadap  minat  bertambah  dengan  penggunaan   modul  kartun. Rumusannya, miskonsepsi perlu dikenal pasti dan dibetulkan serta elemen kartun boleh  diterima pakai sebagai pendekatan alternatif dalam proses pengajaran.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.