UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Maziah Ismail
Additional Authors :
  • Nadarajan Thambu
Title :Penerapan dimensi moral melalui pembelajaran teradun dalam Pendidikan moral sekolah rendah
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2026
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan menyelidik penerapan pembelajaran teradun dalam mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah yang merangkumi tiga domain utama iaitu penaakulan moral, emosi moral dan amalan moral secara holistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Seramai 12 orang murid Tahun Empat daripada pelbagai latar belakang kaum terlibat dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual, pemerhatian secara langsung, dan catatan jurnal. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran teradun yang mengintegrasikan teknologi dapat meningkatkan kemampuan murid untuk berfikir secara moral (penaakulan moral), malah menunjukkan kepekaan emosi dan kesedaran terhadap nilai sejagat (emosi moral). Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa murid lebih cenderung untuk mengamalkan nilai moral secara konsisten dan kontekstual (amalan moral). Ternyata kajian ini menyerlahkan potensi pembelajaran teradun dalam meningkatkan keberkesanan Pendidikan Moral di sekolah rendah. Kajian ini memberikan implikasi terhadap kaedah pedagogi dalam Pendidikan Moral, dengan menunjukkan bahawa pembelajaran teradun bukan sahaja berupaya meningkatkan pemahaman murid terhadap nilai-nilai moral yang dipelajari, malah turut memperkukuh penghayatan dan pengamalan nilai tersebut secara konsisten dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan keperluan latihan khusus dan pembangunan profesional guru bagi meningkatkan kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pembelajaran teradun dalam Pendidikan Moral sekolah rendah selaras dengan peranan guru sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran murid.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.