UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan bagi menilai amalan kreatif bagi pelaksanaan projek sains menggunakan Modul Projek Inovasi Sains (Modul PIS). Pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS bertujuan memupuk kreativiti, motivasi serta keyakinan diri. Kajian melibatkan 53 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran Biologi di sebuah sekolah di Daerah Kinta Utara. Reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Analisis terhadap Senarai Semak Amalan Kreatif, Borang Penilaian Kendiri, dokumen dan pemerhatian digunakan untuk menilai amalan kreatif Soal selidik digunakan untuk menilai motivasi dan keyakinan diri. Modul PIS dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan melibatkan tiga orang pelajar bagi setiap kumpulan. Dapatan menunjukkan min indikator bagi amalan kreatif bagi setiap fasa proses kreatif terarah menunjukkan keputusan yang signifikan dengan Fasa Persediaan 95.4%, Fasa Imaginasi 89.6%, Fasa Perkembangan 78.2% dan Fasa Tindakan 77.8%. Begitu juga motivasi dan keyakinan diri pelajar yang menunjukkan keputusan yang signifikan. Kedua-dua nilai min bagi motivasi dan keyakinan diri pelajar adalah 4.18. Kesimpulannya pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS mampu memupuk kreativiti dan motivasi serta keyakinan diri pelajar. Berdasarkan dapatan ini disarankan pihak sekolah menggunakan Modul PIS bagi pelaksanaan projek sains di sekolah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |