|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan membangunkan kerangka pedagogi terbeza berasaskan pengetahuan dan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran Matematik di Sekolah Kurang Murid (SKM). Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) digunakan dan melibatkan tiga fasa, iaitu Fasa Analisis Keperluan (Fasa I), Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan (Fasa II), serta Fasa Penilaian (Fasa III). Fasa I melibatkan 76 orang guru Matematik serta tinjauan literatur bagi mengenal pasti keperluan pembangunan kerangka berdasarkan model Dick dan Carey. Instrumen soal selidik yang digunakan mengandungi empat bahagian dengan lapan item bagi setiap bahagian. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan keperluan yang tinggi untuk membangunkan kerangka tersebut (min = 4.02). Fasa II melibatkan 11 orang panel pakar dalam bidang Matematik sekolah rendah dan pedagogi berdasarkan pendekatan Richey dan Klein. Instrumen kajian merangkumi lima bahagian yang meliputi maklumat demografi dan elemen pedagogi terbeza. Soal selidik menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi (Alpha Cronbach, _ = 0.93). Analisis menggunakan Nominal Group Technique (NGT) menunjukkan kesepakatan pakar dalam menentukan keutamaan dan kesesuaian elemen kerangka. Fasa III melibatkan 60 orang guru SKM di negeri Perak yang merangkumi daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk. Instrumen soal selidik kebolehgunaan yang diadaptasi daripada Holzinger merangkumi lima aspek utama. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan tahap kebolehgunaan yang tinggi (min = 4.12). Kesimpulannya, kerangka pedagogi terbeza yang dibangunkan berpotensi meningkatkan amalan pengajaran serta penguasaan pengetahuan dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid, khususnya di SKM. Kajian ini turut memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, guru dan murid dalam memperkukuh pengajaran Matematik yang lebih efektif. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |