Persepsi Keturunan Jawa di Malaysia Terhadap Bangsa Jawa di Tanah Induknya dalam konteks keserumpunan Tamadun
Type
Conference Item
Main Author
Sariyan Awang,
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2001
Abstract
Orang berketurunan Jawa di Malaysia merupakan salah satu kelompok etnik yang dimasukkan dalam kategori bangsa Melayu di Malaysia, secara jelas sesudah kemerdekaan, kerana generasi yang lahir sebelum kemerdekaan atau yang datang ke Malaysia dalam tempoh pramerdeka masih dianggap orang Jawa, bahkan sebahagian didaftarkan dalam sijil kelahirannya sebagai bangsa Jawa. Daripada sudut jumlah, orang Melayu berketuruanan Jawa di Malaysia adalah antara yang terbesar dalam kalangan orang Melayu berketurunan lain yang merantau dari tanah asalnya seperti orang Bugis, orang Banjar, orang Boyan, orang Aceh, orang Rawa, orang Mandailing, orang Kampar dan sebagainya. Secara kasar terdapat dua kelompok utama orang berketurunan Jawa di Malaysia. Yang pertama ialah golongan yang masih agak kental kejawaannyajika dilihat daripada sudut perbahasaannya, sikapnya dan amalan kehidupannya. Golongan yang kedua ialah yang sudah 'cair', dengan pengertian tidak memperlihatkan ciri-ciri kejawaan yang j elas, atau malah tiada sarna sekali, dalam perbahasaan, sikap dan amalan kehidupannya. Kertas kerja ini merupakan kajian awal yang umum sifatnya untuk melihat perihal 'kekentalan' dan 'kecairan' ciri kejawaan orang Melayu berketurunan Jawa di Malaysia, dengan menganalisis beberapa aspek persepsi mereka. Kekentalan dan kecairan ciri kejawaan orang Melayu berketurunan Jawa di Malaysia itu dihubungkan dengan persepsi mereka terhadap bangsa Jawa di tanah leluhumya atau dalam kertas kerja ini disebut tanah induknya. Persepsi ini penting dalam kaitannya dengan isu rumpun Melayu yang menjadi tema seminar ini
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.