UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB2361 Curriculum
Main Author :Eftah Moh @ Haji Abdullah
Title :Kesan penggunaan Model Pentaksiran Prestasi (Model ForPS) dalam pengajaran dan pembelajaran sains
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengukur kesan Model Pentaksiran Prestasi Bagi Pengukuhan Pengajaran Sains (ForPS) bagi topik "Matter" dalarn kalangan pelajar tingkatan satu. Keberkesanan model telah diukur dengan menggunakan Ujian Pemaharnan Konsep Sains, Ujian Sikap Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu. Kajian ini menggunakan kaedah Kuasai Eksperimen dengan reka bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Serupa melibatkan Ujian Pra dan Pos bagi Kumpulan Eksperimen (Model ForPS) dan Kumpulan Kawalan, manakala temu bual dan pemerhatian pula hanya digunakan di peringkat akhir kajian bagi menilai tahap kemahiran menyiasat empat orang pelajar yang dipilih secara persampelan bertujuan. Seramai 136 orang pelajar tingkatan satu telah dipilih secara rawak dari empat buah sekolah Menengah Harian dalarn Daerah Kinta Utara di negeri Perak. Model ForPS terdiri daripada empat peringkat utama iaitu Fasa 1: Dorongan, Fasa 2: Penemuan, Penerokaan dan Kreativiti, Fasa 3: Cadangan, Penerangan dan Penyelesaian dan Fasa 4: Tindakan yang akan dilaksanakan seiringan dengan pentaksiran yang bersesuaian iaitu pentaksiran formatif, penyiasatan berkumpulan dan individu. Eviden-eviden portfolio pelajar adalah hasil dari siri pentaksiran formatif dan hasil laporan penyiasatan individu. Kumpulan Kawalan adalah kumpulan pelajar yang menjalani pembelajaran sains mengikut amalan pengajaran dan pembelajaran biasa guru. Data kajian yang diperolehi telah dianalisis dengan ANCOVA untuk menilai sama ada min kumpulan-kumpulan yang diselaraskan berbeza secara signifikan. Analisis multivariate satu hala (MANOVA) menunjukkan hipotesis nol bagi pemahaman konsep sains dan kemahiran proses sains bersepadu adalah ditolak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan min pemahaman konsepsains dan kemahiran proses sains bersepadu bagi topik "Matter" pelajar kumpulan ForPS berbanding pemahaman konsep sains dan kemahiran proses sains bersepadu pelajar Kumpulan Kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran sains pelajar kumpulan ForPS dengan pelajar Kumpulan Kawalan. Kaedah Analisis Regressi dalam kajian ini mendapati kombinasi kemahiran proses sains bersepadu dan sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains menyumbang 18.0% perubahan dalam pemahaman konsep sains pelajar Kumpulan Kawalan. Sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran sains hanya menyumbang sebanyak 0.5% terhadap pemahaman konsep sains pelajar. Peramal yang paling besar sumbangannya terhadap pemahaman konsep sains kumpulan kawalan adalah kemahiran proses sains bersepadu iaitu 17.5%. Dapatan juga menunjukkan kemahiran proses sains bersepadu dan sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran sains adalah merupakan peramal-peramal yang tidak signifikan terhadap pembolehubah bersandar iaitu pemahaman konsep sains bagi kumpulan Model ForPS. Pelajar Kumpulan Model ForPS didapati menguasai kemahiran-kernahiran menyiasat dan mampu melaksanakan prosedur penyiasatan lebih baik berbanding pelajar Kumpulan Kawalan. Pelajar Kumpulan Kawalan masih lemah secara relatif dalam kesemua peringkat penyiasatan. Manakala berdasarkan analisis data matriks menggunakan Skala Pengukuran Kriteria Kemahiran Menyiasat yang dijana semasa menganalisis data kajian ini, didapati pelajar Model ForPS telah mencapai skala kemahiran menyiasat yang lebih baik berbanding pelajar Kumpulankawalan. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada proses pemilihan, penjanaan atau mengaplikasi sebarang model pentaksiran prestasi di peringkat sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.