UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan di antara gaya kognitif dan gaya belajar di kalangan pelajar tingkatan empat

AVAILABLE Thesis 2965 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan di antara gaya kognitif dan gaya belajar di kalangan pelajar tingkatan empat
Type
Thesis
Main Author
Nur Haziyanti Mohamad Khalid
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2003
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini membincangkan hubungan di antara gaya kognitif dan gaya belajar di kalangan pelajar tingkatan empat. Sampel kajian dipilih daripada empat buah sekolah menengah di sekitar Daerah Batang Padang, Perak. Group Embedded Figure Test (GEFT) digunakan bagi mengenalpasti dua jenis gaya kognitif iaitu gaya kognitif bergantung medan dan bebas medan. Manakala Kolb :s Learning Style Inventory (KLSI), digunakan bagi mengenalpasti empat gaya belajar iaitu gaya belajar Diverger, Asimilator, Konverger dan Akomodator. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di an tara gay a kognitif dan gaya belajar berdasarkan sampel secara keseluruhan. Korelasi positif berlaku di antara skor GEFT dengan skor gay a belajar Asimilator dan Akomodator. Korelasi negatif pula berlaku di antara skor GEFT dengan skor Diverger dan Akomodator. Di samping itu, peratus kecenderungan pelajar tingkatan 'ernpat terhadap gaya kognitif bebas medan adalah lebih tinggi berbanding gaya kognitif bergantung medan. Kebanyakan pelajar juga lebih cenderung ke arah gaya belajar Konverger berbanding gaya belajar Diverger, Asimilator dan Akornodator. Hasil kajian diharap dapat dapat membantu guru dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih sempurna dan adil. xvi

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.