Gaya keibubapaan ibu tunggal dalam perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Norhidayah Noh
Additional Authors
Mohd Muslim mad Zalli (advisor)
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian dijalankan bagi mengkaji gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu tunggal dalam perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak prasekolah daerah Petaling Perdana, Selangor dengan menggunakan Pendekatan kualitatif melibatkan empat orang ibu tunggal, empat orang kanak-kanak prasekolah dan dua orang guru prasekolah secara temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Analisis data dijalankan secara kualitatif deskriptif tematik dan perisian Atlas.ti. Dapatan menunjukkan tema gaya keibubapaan yang paling diamalkan oleh ibu tunggal adalah tema gaya keibubapaan autoritatif yang mengamalkan sub tema komunikasi terbuka, sub tema ketekalan peraturan dan sub tema sokongan motivasi yang diberikan oleh ibu tunggal kepada anaknya. Tiga daripada empat orang sampel kajian kanakkanak prasekolah yang dibesarkan melalui gaya keibubapaan autoritatif menunjukkan kecerdasan emosi yang sihat. Manakala seorang sampel kajian kanak-kanak prasekolah yang dibesarkan dengan tema gaya keibubapaan pengabaian menunjukkan perkembangan kecerdasan emosi yang tidak sihat. Hasil kajian mengukuhkan lagi Teori Gaya Keibubapaan Baumrind dan perkaitannya dengan Teori Kecerdasan Emosi Mayer-Salovey. Sampel kanak-kanak yang dibesarkan melalui gaya keibubapaan autoritatif menghasilkan tema kanak-kanak yang matang, tema berdikari dan mudah mengawal emosi berbanding dengan sampel kanak-kanak dari tema gaya keibubapaan pengabaian yang mempunyai sub tema kawalan emosi yang rendah dan sub tema suka mencari perhatian dengan cara yang salah. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan jenis gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu tunggal menghasilkan perkembangan kecerdasan emosi yang berbeza kepada kanak-kanak prasekolah. Implikasinya, kanakkanak yang dibesarkan dari gaya keibubapaan pengabaian cenderung dianggap sebagai kanak-kanak yang bermasalah manakala kanak-kanak yang dibesarkan dengan gaya keibubapaan autoritatif lebih matang dan berdikari demi menghadapi kelangsungan kehidupan mereka sebagai anak dari keluarga ibu tunggal.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.