UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh efikasi kendiri guru terhadap kepimpinan guru Generasi X dan Y di sekolah kebangsaan daerah Kerian Perak

AVAILABLE Thesis 61 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information
Title
Pengaruh efikasi kendiri guru terhadap kepimpinan guru Generasi X dan Y di sekolah kebangsaan daerah Kerian Perak
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Hanif Shahabudin
Additional Authors
  • Khalip Musa (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh efikasi kendiri guru terhadap kepimpinan guru Generasi X dan Y. Kaedah kajian adalah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Kajian ini melibatkan 297 orang guru dari 43 buah sekolah kebangsaan di daerah Kerian dengan populasi guru seramai 1279 orang. Kaedah persampelan rawak berstrata telah digunakan dalam memilih sampel kajian. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk analisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri guru pada tahap yang tinggi (min = 4.23, SP = .461) dan kepimpinan guru juga berada pada tahap yang tinggi (min = 4.21, SP = .513). Berdasarkan analisis ujian t, tiada perbezaan signifikan tahap efikasi kendiri guru dan kepimpinan guru di antara Generasi X dan Y. Berdasarkan analisis analisis regresi mudah, nilai __2=0.418 menunjukkan efikasi kendiri guru telah mempengaruhi kepimpinan guru sebanyak 41.8 peratus pada aras signifikan (p=0.000). Kesimpulannya efikasi kendiri guru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepimpinan guru di sekolah daerah Kerian, Perak. Implikasi kajian ini menegaskan bahawa kepentingan meningkatkan efikasi kendiri guru secara berterusan mampu mengembangkan kepimpinan guru seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.