Tingkah laku ponteng sekolah dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah berdasarkan Teori Pilihan (Choice Theory)
Type
Thesis
Main Author
Noryati Ismail
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2010
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tingkah laku ponteng sekolah dalam kalangan pelajar di sebuah
sekolah di Perak berdasarkan Teori Pilihan (Choice Theory). Tujuan kajian adalah untuk menganalisis
situasi psikologi kawalan luaran dan dalaman pelajar ponteng, mengkaji keperluan asas (basic needs)
pelajar ponteng dan memahami tingkah laku keseluruhan (total behaviour) pelajar ponteng berdasarkan
kepada aspek, perlakuan, pemikiran, perasaan dan fisiologi. Kajian ini berbentuk kajian kes.
Seramai empat orang responden utama dan tiga orang informan tambahan ierlibat dalam kajian kes ini.
Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual. Hasil temu bual disokong dengan analisis
dokumen. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Nvivo. Hasil kajian menunjukkan
elemen kasih sayang, keseronokan dan kebebasan adalah merupakan keperluan asas yang dominan
dalam kalangan peserta kajian. Sementara situasi persekitaran sekolah dan sikap guru dikenal
pasti sebagai pendorong utama kepada tingkah laku ponteng sekolah tersebut. Kajian ini menyumbang
kepada para kaunselor dan psikologis dalam memahami tingkah laku ponteng berdasarkan Teori Pilihan
seterusnya langkah awal dalam merancang pelan tindakan dalam menangani tingkah laku ponteng di
sekolah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.