Pembinaan modul kemahiran interaksi sosial dan komunikasi murid autisme melalui permaianan reka bentuk blok
Type
Thesis
Main Author
DM. Ria Hidayati
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kajian tindakan dalam proses pembinaan modul
serta kajian kes tunggal jenis multiple baseline across participant untuk mengkaji keberkesanan
modul pennainan yang dijalankan melalui pemerhatian ke atas tiga murid autisme iaitu pada Fasa
Asas, Intervensi, Generalisasi, dan Susulan. Data yang ditulis dalam graf garisan menunjukkan
bahawa ketiga-tiga responden kajian mengalami pencapaian yang semakin meningkat dari Fasa Asas
sehingga Fasa Susulan disamping dengan pengurangan pemberian bantuan dan pengukuhan daripada guru.
Namun begitu, penguasaan terhadap kedua-dua aspek yang diukur adalah berbeza. Kemahiran komunikasi
dikuasai dengan lebih baik oleh dua orang responden dalam kajian ini terutamanya dalam aktiviti
imitasi reka bentuk blok. Kedua-dua responden telah dapat membina reka bentuk blok yang lebih
kompleks secara berdikari dengan bentuk yang seperti yang diingini. Sementara kemahiran interaksi
sosial hanya dikuasai oleh seorang lagi responden. Dicadangkan penambahbaikan item interaksi sosial
dan kaedah penilaian Fasa Generalisasi menggunakan kaedah ABA perlu diberi perhatian dalam
pembinaan modul lanjutan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.