UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Zatin @ Mohd. Kamal Kakom Abdullah
Title :Perkaitan diantara oreintasi matlamat, motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan penglibatan atlit individu dan berpasukan dalam aktiviti sukan (IR)
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat perkaitan orientasi matlamat, motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan penglibatan atlit individu dan berpasukan dalam sukan di beberapa buah sekolah menengah terpilih sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah. lnstrumen kajian ialah yang digunakan dalarn kajian ini ialah (TEOSQ) (Duda & Nicholls, 1989) dan 'Participation Motivation Inventory (PMQ)' yang telah diubahsuai ditadbir ke atas 168 orang responden yang terdiri 84 orang atlit individu dan 84 orang atlit berpasukan. Purata umur responden 13.1 ± 6 tahun. Data dianslisis dengan nilai min, sisihan piawai, ujian t dan kolerasi dengan menggunakan Program 'Statistical Packages for the Social Science' (SPSS/PC+). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan orientasi matlamat, rnotivasi intrinsik dan ekstrinsik antara kedua-dua kumpulan atIit individu dan atlit berpasukan. Melalui kajian ini juga penyelidik dapat mengenal pasti bahawa oreintasi tugasan dan motivasi intrinsik merupakan motif utarna yang mendorong penglibatan atlit individu dan berpasukan dalarn sukan yang diceburi. Pekali kolersai orientasi tugasan dengan ego (r = -0.764) adalah hubungan negitif yang tinggi, intrinsik dengan ekstrinsik (r = 0.140) hubungan positif lemah, intrinsik dengan tugasan (r = 0.501) hubungan positif yang sederhana, ego dengan intrinsik (r :=: -0.604) hubungan negatiif yang sederhana, orientasi tugasan dengan ekstrinsik (r :::; -0.166) hubungan negativf yang lemah dan orientasi ego dengan ekstrinsik (r == 0.266) menunjukkan hubungan positif yang lemah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)