Strategi pembelajaran generative melalui kolaboratif bagi tajuk transformasi isometri tingkatan 2 dan kesanya terhadap pencapaian dan motivasi murid
Type
Thesis
Main Author
Nesshalini Muralitharan
Additional Authors
Rohaidah Masri (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menguji kesan strategi pembelajaran berasaskan pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif terhadap pencapaian murid bagi tajuk Transformasi Isometri serta menentukan tahap motivasi murid selepas mengikuti pembelajaran menggunakan strategi ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tak setara, di mana kumpulan rawatan (25 orang murid) diajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian berasaskan pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif (RPH-PGK) manakala kumpulan kawalan (20 orang murid) diajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian kaedah konvensional. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian bagi Tajuk Transformasi Isometri (UPTI) dan Soal Selidik Motivasi Murid (SSMM) yang mengandungi 30 item. Pemilihan sampel dijalankan secara persampelan rawak berkelompok melibatkan murid Tingkatan 2 di sebuah sekolah di daerah Muallim, Perak. Kajian ini telah berjaya membangunkan Rancangan Pengajaran dengan pembelajaran generatif melalui strategi kolaboratif dengan kesahan yang baik (CVI = 1.00). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melibatkan ujian-__ dan korelasi Spearman. Analisis ujian-__ satu sampel menunjukkan bahawa murid daripada kumpulan rawatan mempunyai tahap motivasi yang tinggi, [(__ = 121.08, __(24) = 68.080, sig = 0.000 (__ < 0.05)] terhadap pembelajaran berasaskan pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif untuk tajuk Transformasi Isometri. Manakala, ujian-__ sampel berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam markah min antara ujian pra (__ = 8.200, ____ = 3.7859) dan pasca (__ = 65.50, ____ = 12.2048) dalam kumpulan rawatan [__(24) = _22.024, sig = 0.000 (__ < 0.05)]. Selain itu, analisis korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana (____ = 0.407) antara tahap motivasi dengan pencapaian murid yang telah diterapkan dengan strategi pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif. Kesimpulannya, murid yang telah mengikuti strategi pembelajaran berasaskan pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif menunjukkan tahap motivasi yang tinggi dan pencapaian yang baik dalam tajuk Transformasi Isometri Tingkatan 2. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif dapat membantu murid untuk memahami dan mengukuhkan konsep Transformasi Isometri dengan lebih baik di samping berpotensi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih aktif.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.