|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Tujuan kajian ini adalah untuk menguji kesan strategi pembelajaran berasaskan pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif terhadap pencapaian murid bagi tajuk Transformasi Isometri serta menentukan tahap motivasi murid selepas mengikuti pembelajaran menggunakan strategi ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tak setara, di mana kumpulan rawatan (25 orang murid) diajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian berasaskan pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif (RPH-PGK) manakala kumpulan kawalan (20 orang murid) diajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian kaedah konvensional. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian bagi Tajuk Transformasi Isometri (UPTI) dan Soal Selidik Motivasi Murid (SSMM) yang mengandungi 30 item. Pemilihan sampel dijalankan secara persampelan rawak berkelompok melibatkan murid Tingkatan 2 di sebuah sekolah di daerah Muallim, Perak. Kajian ini telah berjaya membangunkan Rancangan Pengajaran dengan pembelajaran generatif melalui strategi kolaboratif dengan kesahan yang baik (CVI = 1.00). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melibatkan ujian-__ dan korelasi Spearman. Analisis ujian-__ satu sampel menunjukkan bahawa murid daripada kumpulan rawatan mempunyai tahap motivasi yang tinggi, [(__ = 121.08, __(24) = 68.080, sig = 0.000 (__ < 0.05)] terhadap pembelajaran berasaskan pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif untuk tajuk Transformasi Isometri. Manakala, ujian-__ sampel berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam markah min antara ujian pra (__ = 8.200, ____ = 3.7859) dan pasca (__ = 65.50, ____ = 12.2048) dalam kumpulan rawatan [__(24) = _22.024, sig = 0.000 (__ < 0.05)]. Selain itu, analisis korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana (____ = 0.407) antara tahap motivasi dengan pencapaian murid yang telah diterapkan dengan strategi pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif. Kesimpulannya, murid yang telah mengikuti strategi pembelajaran berasaskan pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif menunjukkan tahap motivasi yang tinggi dan pencapaian yang baik dalam tajuk Transformasi Isometri Tingkatan 2. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran generatif melalui pembelajaran kolaboratif dapat membantu murid untuk memahami dan mengukuhkan konsep Transformasi Isometri dengan lebih baik di samping berpotensi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih aktif. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |