Keberkesanan BCTal terhadap kemahiran membaca Bahasa Tamil dalam kalangan murid tahun 3
Type
Thesis
Main Author
Jayaaisree Subramaniam
Additional Authors
Ilaskumaran Sivanadhan (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan Buku Cerita Digital Bahasa Tamil (BCTal) sebagai bahan bacaan digital dalam meningkatkan Kemahiran membaca murid Tahun 3 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), khususnya dari aspek pengecaman perkataan, kelancaran membaca ayat, kefahaman membaca petikan serta minat dan penglibatan murid dalam aktiviti membaca. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes denga dengan pemilihan peserta secara persampelan bertujuan yang melibatkan 30 orang murid Tahun 3 daripada dua buah SJKT di negeri Selangor, iaitu sebuah sekolah luar bandar dan sekolah bandar. Pengumpulan data dilaksanakan melalui ujian pra dan ujian pasca sebagai data sokongan, permerhatian berstruktur serta Rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Tamil Tahun 3, manakala data dianalisis secara deskriptif bagi mengenal pasti perkembangan kemahiran membaca murid sebelum dan selepas intervensi penggunaan BCTal. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang jelas dalam kemahiran membaca murid selepas penggunaan BCTal, khususnya dalam keupayaan membaca perkataan, ayat dan petikan Bahasa Tamil dengan lebih lancar. Kesimpulannya, penggunaan BCTal didapati berkesan sebagai bahan bacaan digital yang menyokong pembelajaran membaca Bahasa Tamil dalam konteks bilik darjah sebenar. Impikasi kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan bacaan digital berasaskan multimedia seperti BCTal berpotensi membantu guru mempelbagaikan pendekatan pengajaran serta memperkukuh pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran kemahiran membaca murid sekolah rendah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.