UPSI Digital Repository (UDRep)

Penglibatan Ibu Bapa dalam literasi awal 3M anak-anak

AVAILABLE Thesis 306 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information
Title
Penglibatan Ibu Bapa dalam literasi awal 3M anak-anak
Type
Thesis
Main Author
Shafinaz Ahmad
Additional Authors
  • Nordin Mamat (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penglibatan ibu bapa merupakan elemen penting dalam menyokong perkembangan literasi kanak-kanak prasekolah khususnya dalam Kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Namun, tahap dan bentuk penglibatan tersebut dipengaruhi oleh kefahaman ibu bapa, konteks keluarga serta sokongan institusi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman ibu bapa terhadap literasi awal 3M, mengenal pasti bentuk penglibatan ibu bapa serta meneliti cabaran dan faktor sokongan yang mempengaruhi penglibatan tersebut dalam konteks TABIKA KEMAS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk eksploratori. Seramai lima orang ibu bapa dan seorang guru TABIKA KEMAS Klebang Restu 1, Ipoh, Perak terlibat sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur, catatan lapangan dan analisis dokumen. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti lima tema utama iaitu kefahaman ibu bapa terhadap literasi awal 3M, bentuk dan strategi penglibatan, cabaran dan kekangan penglibatan, kerjasama antara ibu bapa dan pihak TABIKA KEMAS serta amalan terbaik dan refleksi penglibatan ibu bapa. Hasil kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa berlaku secara fleksibel dan kontekstual, namun mereka berhadapan dengan kekangan masa, tekanan emosi dan sokongan institusi yang terhad. Kajian ini merumuskan kepentingan kerjasama berterusan antara rumah dan TABIKA KEMAS selaku institusi prasekolah serta mencadangkan pengukuhan sokongan sistematik bagi memperkasa peranan ibu bapa dalam literasi awal kanak-kanak.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.