|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Penglibatan ibu bapa merupakan elemen penting dalam menyokong perkembangan literasi kanak-kanak prasekolah khususnya dalam Kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Namun, tahap dan bentuk penglibatan tersebut dipengaruhi oleh kefahaman ibu bapa, konteks keluarga serta sokongan institusi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman ibu bapa terhadap literasi awal 3M, mengenal pasti bentuk penglibatan ibu bapa serta meneliti cabaran dan faktor sokongan yang mempengaruhi penglibatan tersebut dalam konteks TABIKA KEMAS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk eksploratori. Seramai lima orang ibu bapa dan seorang guru TABIKA KEMAS Klebang Restu 1, Ipoh, Perak terlibat sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur, catatan lapangan dan analisis dokumen. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti lima tema utama iaitu kefahaman ibu bapa terhadap literasi awal 3M, bentuk dan strategi penglibatan, cabaran dan kekangan penglibatan, kerjasama antara ibu bapa dan pihak TABIKA KEMAS serta amalan terbaik dan refleksi penglibatan ibu bapa. Hasil kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa berlaku secara fleksibel dan kontekstual, namun mereka berhadapan dengan kekangan masa, tekanan emosi dan sokongan institusi yang terhad. Kajian ini merumuskan kepentingan kerjasama berterusan antara rumah dan TABIKA KEMAS selaku institusi prasekolah serta mencadangkan pengukuhan sokongan sistematik bagi memperkasa peranan ibu bapa dalam literasi awal kanak-kanak. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |