UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan modul psikopendidikan Cbt hybrid untuk tekanan daya tahan dan kesejahteraan diri guru pelatih institute pendidikan guru

AVAILABLE Thesis 69 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pembangunan modul psikopendidikan Cbt hybrid untuk tekanan daya tahan dan kesejahteraan diri guru pelatih institute pendidikan guru
Type
Thesis
Main Author
Nurul Shuhada Sharif Mudin
Additional Authors
  • Aslina Ahmad (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian  ini  bertujuan  membangunkan  dan  menilai  kebolehgunaan  Modul  Psikopendidikan CBT Hibrid bagi menangani tekanan serta meningkatkan daya tahan  dan kesejahteraan diri dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG).  Reka  bentuk  kajian  ini  menggunakan  pendekatan  Reka  Bentuk  dan  Pembangunan  (DDR)  yang  dilaksanakan  dalam  tiga  fasa  berasaskan  model ADDIE. Fasa  pertama  melibatkan  analisis  keperluan  menggunakan  soal  selidik  terhadap  407  orang  guru  pelatih  yang  dipilih  melalui  pensampelan  berkelompok  bagi  mengenal  pasti  tahap  tekanan,  daya  tahan  dan  kesejahteraan  diri.  Selain  itu,  fasa  ini  turut  melibatkan  46  orang  kaunselor  IPG  melalui  soal  selidik  bagi  meninjau  keperluan  pembangunan  modul.  Fasa  kedua  melibatkan  reka  bentuk  dan  pembangunan  modul  menggunakan  kaedah  Fuzzy Delphi Method  (FDM)  dengan  penglibatan  12  orang  pakar CBT  bagi  mendapatkan  konsensus  terhadap  elemen  dan  kandungan  modul,  diikuti  proses  kesahan  oleh  13  orang  pakar modul  serta  kajian  rintis. Fasa  ketiga  pula  melibatkan  pelaksanaan dan penilaian modul melalui eksperimen kumpulan tunggal terhadap 48  orang guru pelatih Zon Utara serta temu bual bersama tiga orang guru pelatih dan dua  orang  kaunselor  IPG  bagi  menilai  kebolehgunaan  modul.  Dapatan  fasa  pertama  menunjukkan  tahap  tekanan,  daya  tahan  dan  kesejahteraan  diri  berada  pada  tahap  sederhana,  manakala  95.7%  kaunselor  IPG  mengesahkan  bahawa  pembangunan  modul  amat  diperlukan.  Fasa  kedua  menunjukkan  sebanyak  46  elemen  dipersetujui  untuk dimasukkan dalam modul dengan nilai threshold (d) ≤ 0.2, kesepakatan pakar ≥ 75%  dan  skor  fuzzy  (A) ≥ 0.5. Kesahan kandungan modul berada pada  tahap  tinggi  (94%) dan kebolehpercayaannya pada  tahap sangat tinggi (α = 0.977). Dapatan fasa ketiga  menunjukkan  perbezaan  signifikan  antara  skor  praujian  dan  pascaujian,  manakala  temu  bual  menonjolkan  empat  tema  utama:  pemahaman,  kesesuaian,  keberkesanan  dan  aplikasi  praktikal  modul.  Kesimpulannya,  kajian  ini  telah  menghasilkan modul yang berkesan serta mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi  dan  implikasi  penting  terhadap  intervensi  kaunseling,  amalan  pendidikan  serta  pembangunan modul bimbingan di Malaysia. 

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.