Pengaplikasian AI dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Plamoly Bahasa Tamil
Type
Thesis
Main Author
Logammal Sumugam
Additional Authors
Munisvaran Kumar (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaplikasian kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Palamoly Bahasa Tamil di peringkat sekolah rendah. Palamoly yang bersifat kiasan dan sarat dengan nilai budaya sering menimbulkan kesukaran kepada murid untuk memahami makna tersirat secara mendalam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual mendalam bersama enam orang guru Bahasa Tamil bagi mengenal pasti cabaran pengajaran, tahap penglibatan murid serta keberkesanan penggunaan AI dalam PdP. Data dianalisis menggunakan pendekatan hermeneutik bagi menafsir pengalaman guru dan makna tersirat berkaitan penggunaan AI dalam pedagogi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa AI membantu meningkatkan kefahaman kontekstual, keyakinan murid serta keupayaan mentafsir Palamoly secara bermakna melalui visualisasi, interaksi dan sokongan pembelajaran yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, kajian ini turu t mengenal pasti kekangan dari segi kesediaan guru, masa dan sokongan pedagogi. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan potensi AI sebagai pemudah cara pedagogi yang berkesan apabila dilaksanakan secara terancang dan selari dengan objektif kurikulum. Kata kunci: Kecerdasan Buatan, Palamoly, Pembelajaran Bahasa Tamil, Kajian Kualitatif, Analisis Hermeneutik
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.